Tuesday 10 March 2015

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI

JOURNEY OF LIFE....
LIHAT, RASAI DAN ALAMI...
ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH SWT.

Pra Keberangkatan & Bajet.
(14/12/2013-17/12/2013)

-Booking tiket KTM KL-Hatyai- RM60 per head for lower bed.
-Booking BP Grand Tower hotel, Hatyai (2 malam)-RM204
-Pengangkutan guna tuk-tuk tanpa booking....
-tuk2 hari pertama pusing2 hatyai 400 baht
-tuk2 hari kedua ke songkla/hatyai dan sekitarnya 800baht

-Bajet makan dan minum 3H 2M.....tak ingat.

KL Central ke Hatyai -141213 

Bertolak dari rumah ke KL Central lepas maghrib. Jadual keretapi jam 10.00pm dan dijangka sampai 11.00am esok....13 jam, masing2 nampak ceria sebab dah lama tak naik keretapi....tiket keretapi telah dibooking 2 bulan lebih awal bagi memastikan setiap dari kami akan mendapat tempat tido bawah (lower bed) kerana amat selesa berbanding upper bed.

menunggu train di KL Central

tempat lepak kami...
 nice journey...


dah mula tido....zzzz
cafe in train....sebelum tido

selamat malam....
teh tarik satuuuu
151213- Arround 7am kami sampai di Padang Besar...turun utk pemeriksaan imigresen dan naik semula selepas 1 jam, sempat utk minum pagi di cafe stasyen keretapi Padang Besar.

kena isi kertas ni b4 masuk hatyai
stesyen keretapi Padang Besar

baru sampai...nak kehotel
tuk-tuk hatyai

bilik penginapan kami dihatyai
tuk-tuk sepanjang 3 hari 

Chang Puak Camp
Selepas makan thari destinasi pertama adalah Chang Puak Camp-perkampungan gajah yg popular dihatyai.....antara  aktiviti kat sini...kita boleh naik gajah utk ronda2 perkampungan gajah kat situ (500 baht perhead), ATV driving, beli cenderamata dan berlawan dengan gajah pun bole....Pastinya anak2 tidak akan melepaskan peluang menunggang gajah sambil mengelilingi perkampungan berkenaan sepanjang 30 minit perjalanan.










laluan perkampungan gajah...
Ice Dorm Hatyai

Dengan tuk-tuk yang sama kami terus ke Ice Dorm Hatyai, bayaran masuk 300 bath dewasa...kat sini cuaca memang teramatlah cool....anak2 kecil tentu suka dapat bermain dan merasa cuaca nyaman dan sejuk...suhu sekitar 13c-16c....kalau tak pakai sarung tangan dan pakaian selengkapnya pasti gigil tapi seronokkkk...ala2 ict shah alam.

















Pasar Terapung Hatyai.(sungai klonghae)

Meneruskan ziarah ke pasar terapung hatyai yang popular dikalangan pengunjung2 di hatyai. Banyak aktiviti jualan makanan dijual diatas perahu ditepian sungai berkenaan, terdapat juga pelbagai gerai jualan pakaian dan pelbagai cenderamata hatyai.....yang seronoknya melihat gelagat para penjual dan pengunjung yg mencuba aneka makanan thai disini....memang unik dan menarikkkkk.




harga air kelapa termasuk jug ni...

deretan penjaja diatas perahu

senang hati akakkkk...perut kenyang


air kelapa dgn ubi bakar...umppp
ramai orang malaysia kat sini


 sambil menikmati panorama pasar terapung ini, kami sempat makan minum disitu sambil berehat dan jamu mata......

ramainya umat.... 
penjaja wanita popular pasar terapung hatyai...


lepas bersingul2an dibawah naik atas posing....
Songkla-161213

Selepas sarapan pagi roti canai dan nasi lemak di gerai laluan ke hotel kami, kami bertolak ke songkla dengan pilot tut2 yang sedia menunggu kami jam 8 pagi.....Perjalanan dengan tuk2 dari hatyai ke songkla lebih kurang 1 jam dengan keadaan cuaca mula panas.
Keadaan pantai samila agak tenang, nyaman dan menarik , tak ramai pengunjung hari ini, mungkin org2 songkla sedang bekerja waktu ini.... tak sangka jumpa kenalan disini yg mengikuti rombongan dengan bas dari KL.










Tang Kuan Hill, Songkla.
Selepas pantai samila dan atas cadangan pemandu tut2.... kami terus ke Tang kuan hill untuk menikmati keindahan alam dari tempat tinggi diatas bukit ni. Uniknya nak naik keatas mesti naik lif yg agak curam dan menegak keatas.




pintu masuk..

lif nya memang unik...menegak keatas



....dari atas bukit ni kita boleh melihat panorama bandar songkla, disini juga terletaknya kuil budha yg agak besar dan ramai dikunjungi oleh penganut2nya.


Nora Plaza

Kami juga sempat ziarah Nora Plaza untuk puaskan napsu kaum hawa...yang penting dah sampai kat situ...tiada yang menarik punnnn.....perut dah lapar, jam menunjukkan 12.30 thari waktu makan yg paling ideal....

Sebelum bertolak balik, singgah makan tengahari di  restoran Muslim Kai Tod Daycha Seafood, Hatyai...menyelerakan dengan ayam goreng panas yg enakkkkkk.










bumi hijau...distesyen keretapi hatyai
Kami sampai awal distesyen keretapi lebih kurang jam 2pm...terpaksa menunggu 2 jam lagi kerana jadual keretapi balik ke KL jam 4.30pm...sempat pusing2 stesyen keretapi berkenaan dan melihat ada keluarga yg menjadikan stesyen berkenaan sebagai sumber rezeki dgn tanaman sayuran....Alhamdulillah sampai KL lebih kurang jam 6.30am.






THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...