PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI
JOURNEY OF LIFE....
LIHAT, RASAI DAN ALAMI...
ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH SWT.
Pra Keberangkatan & Bajet.
(14/12/2013-17/12/2013)
-Booking tiket KTM KL-Hatyai- RM60 per head for lower bed.
-Booking BP Grand Tower hotel, Hatyai (2 malam)-RM204
-Pengangkutan guna tuk-tuk tanpa booking....
-tuk2 hari pertama pusing2 hatyai 400 baht
-tuk2 hari kedua ke songkla/hatyai dan sekitarnya 800baht
-Bajet makan dan minum 3H 2M.....tak ingat.
KL Central ke Hatyai -141213
Bertolak dari rumah ke KL Central lepas maghrib. Jadual keretapi jam 10.00pm dan dijangka sampai 11.00am esok....13 jam, masing2 nampak ceria sebab dah lama tak naik keretapi....tiket keretapi telah dibooking 2 bulan lebih awal bagi memastikan setiap dari kami akan mendapat tempat tido bawah (lower bed) kerana amat selesa berbanding upper bed.
menunggu train di KL Central |
tempat lepak kami... |
nice journey... |
dah mula tido....zzzz |
cafe in train....sebelum tido |
selamat malam.... |
teh tarik satuuuu |
kena isi kertas ni b4 masuk hatyai |
stesyen keretapi Padang Besar |
baru sampai...nak kehotel |
tuk-tuk hatyai |
bilik penginapan kami dihatyai |
tuk-tuk sepanjang 3 hari |
Chang Puak Camp
laluan perkampungan gajah... |
Dengan tuk-tuk yang sama kami terus ke Ice Dorm Hatyai, bayaran masuk 300 bath dewasa...kat sini cuaca memang teramatlah cool....anak2 kecil tentu suka dapat bermain dan merasa cuaca nyaman dan sejuk...suhu sekitar 13c-16c....kalau tak pakai sarung tangan dan pakaian selengkapnya pasti gigil tapi seronokkkk...ala2 ict shah alam.
Pasar Terapung Hatyai.(sungai klonghae)
Meneruskan ziarah ke pasar terapung hatyai yang popular dikalangan pengunjung2 di hatyai. Banyak aktiviti jualan makanan dijual diatas perahu ditepian sungai berkenaan, terdapat juga pelbagai gerai jualan pakaian dan pelbagai cenderamata hatyai.....yang seronoknya melihat gelagat para penjual dan pengunjung yg mencuba aneka makanan thai disini....memang unik dan menarikkkkk.
harga air kelapa termasuk jug ni... |
deretan penjaja diatas perahu |
senang hati akakkkk...perut kenyang |
air kelapa dgn ubi bakar...umppp |
ramai orang malaysia kat sini |
ramainya umat.... |
penjaja wanita popular pasar terapung hatyai... |
lepas bersingul2an dibawah naik atas posing.... |
Selepas sarapan pagi roti canai dan nasi lemak di gerai laluan ke hotel kami, kami bertolak ke songkla dengan pilot tut2 yang sedia menunggu kami jam 8 pagi.....Perjalanan dengan tuk2 dari hatyai ke songkla lebih kurang 1 jam dengan keadaan cuaca mula panas.
Keadaan pantai samila agak tenang, nyaman dan menarik , tak ramai pengunjung hari ini, mungkin org2 songkla sedang bekerja waktu ini.... tak sangka jumpa kenalan disini yg mengikuti rombongan dengan bas dari KL.
Tang Kuan Hill, Songkla.
Selepas pantai samila dan atas cadangan pemandu tut2.... kami terus ke Tang kuan hill untuk menikmati keindahan alam dari tempat tinggi diatas bukit ni. Uniknya nak naik keatas mesti naik lif yg agak curam dan menegak keatas.
pintu masuk.. |
lif nya memang unik...menegak keatas |
....dari atas bukit ni kita boleh melihat panorama bandar songkla, disini juga terletaknya kuil budha yg agak besar dan ramai dikunjungi oleh penganut2nya.
Nora Plaza
Kami juga sempat ziarah Nora Plaza untuk puaskan napsu kaum hawa...yang penting dah sampai kat situ...tiada yang menarik punnnn.....perut dah lapar, jam menunjukkan 12.30 thari waktu makan yg paling ideal....
Sebelum bertolak balik, singgah makan tengahari di restoran Muslim Kai Tod Daycha Seafood, Hatyai...menyelerakan dengan ayam goreng panas yg enakkkkkk.
bumi hijau...distesyen keretapi hatyai |
Kami sampai awal distesyen keretapi lebih kurang jam 2pm...terpaksa menunggu 2 jam lagi kerana jadual keretapi balik ke KL jam 4.30pm...sempat pusing2 stesyen keretapi berkenaan dan melihat ada keluarga yg menjadikan stesyen berkenaan sebagai sumber rezeki dgn tanaman sayuran....Alhamdulillah sampai KL lebih kurang jam 6.30am.