PAKEJ KELUARGA
JOURNEY OF LIFE....
LIHAT, RASAI DAN ALAMI...
ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH SWT.
Pra Keberangkatan & Bajet.
(29/01/2014-02/02/2014)
-Booking AA ke Airport Medan (Kualanamo)- RM852 return utk 4 orang.
-Booking Hotel Danau Toba International, Medan (1 malam)-RM143 plus extra bed RM70
-Booking Hotel Pandu lakeside Parapat (1 malam)-RM180
-Booking Mas Cotteges, Samosir Island(1 malam)-RM134 plus extra bed RM60
-Booking Soechi International Hotel, Medan (1 malam)-RM132
-Booking transport sepanjang 5 hari 4 malam disana-Perkhidmatan 'Keretatour'-Pak Aris.-RM212 perhead-hubungi nohp +626177102200
-Bajet makan dan minum 5H 4M utk 4 orang.....ribu riban rupe
LCCT-Medan-Day 1-290114
Bertolak dari rumah ke LCCT jam 3pm......
Flight jam 7.10pm....dan sampai airport kualanamo jam 7.10pm waktu Indonesia disambut oleh Pak Hardy wakil Pak Haris.Salam perkenalan dan gerak untuk makan malam......
Terus ke Hotel Danau Toba International, Medan
Pak Hardy menyambut ketibaan di Kualanamu Airport |
penginapan kami |
Danau Toba International Hotel, Medan |
Jam 8.00am Pak Hardy sedia menunggu dilobi hotel untuk bertolak ke Parapat.(Danau Toba)
Laluan yang dilalui adalah Medan-Permatang Siantar-Parapat.
Kami bertolak dalam keadaan santai..tak perlu tergesa2....sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Persinggahan pertama, berhenti untuk cari bekalan makanan sepanjang perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 5 jam.
cari bekalan sepanjang perjalanan |
durian duluuuuu |
Lepas kena durian, kami berhenti lagi minum air kelapa muda...memang menyeronokkan bila travel berkeluarga secara santai, berhenti dimana suka.....makan juga sesuka hati...hahaha
menunggu kelapa muda |
Hj Zek & Hj Uzir (baju merah allahyarham Nazri yg telah kembali kerahmatullah pada mei 2014. |
hmmmmm masakan padang & sajian burung goreng panas.... |
Sampai di Hotel Pandu Lakeside Parapat jam 3pm...berehat utk luruskan otot2 yg tegang.
Indahnya bumi ciptaan Allah swt, keadaan persekitaran Danau Toba amat menakjubkan...indah, nyaman dan mengasyikkan dengan panorama menenangkan jiwa.
penginapan depan tasik....tiba di Pandu Lakeside, Danau Toba. |
Bab makan jangan risau kerana Pak Hardy akan pastikan kami makan di restoran muslim, kerana didaerah ini banyak didiami oleh suku kaum batak dari pelbagai suku spt batak karo,batak toba yg majoritinya beragama kristian...dll.
Sebelah petang, kami meneroka dipersekitaran Parapat, sambil melihat cenderamata serta pelbagai barangan untuk kenangan. seterusnya singgah di Mini market Parapat utk cari makanan ringan.
deretan bazaar di parapat |
mini market parapat. |
makan malam diparapat. |
Pak Hardy datang mengambil kami dihotel jam 7am untuk bertolak ke Samosir Island - Pulau yg penuh dgn keindahan semulajadi yg tak jemu mata memandang......
Menuju ke Jeti Ajibata ...laluan Fery yg membawa kenderaan masuk ke Pulau Samosir. Keadaan amat sesak kerana dipenuhi kenderaan yg berbaris panjang utk memasuki pulau samosir, mungkin kebetulan hari berkenaan adalah hari besar di Indonesia ramai penghuninya yang menggunakan kesempatan utk bercuti panjang di pulau ini.
terminal fery ajibata |
jam 7.30am dijeti Ajibata...utk membawa kenderaan masuk ke Samosir Island |
lebih 2 jam menunggu di Jeti Ajibata |
nelayan kecil ditepian Lake toba. |
Sehingga jam 9.30am kami masih menunggu fery utk menyeberang, keadaan semakin sesak dgn kenderaan yg semakin bertambah utk menyeberang. Cuaca juga mula panas dan kami membuat keputusan untuk menaiki fery penampang dijeti tiga raja, tambang fery RP12000 perhead, manakala Pak Hardy terpaksa menunggu dijeti Ajibata utk membawa kereta masuk keSamosir.
Sepanjang perjalanan dari jeti tiga raja ke pulau samosir dan semasa diatas fery......keindahan danau toba amat mengasyikkan......
sepanjang laluan diatas fery...... menikmati panorama danau toba. |
reached at mas cottages resort-tempat penginapan kami. |
Kami sampai Di Mas Cottages jam 11am dan terus checkin resort manakala Pak Hardy sampai jam 2pm...puuuhhhhhh kesian dia. Lokasi resort kami agak tenang dan nyaman betul2 dihadapan tasik Danau Toba....dengan panorama yang amat mempersonakan, indahnya bumi ciptaan tuhan. Keadaan air disini sebelah pagi amat tenang dan sebaliknya disebelah petang ombak beralun kuat spt berada ditengah lautan.
penginapan di samosir island |
bessssnyeeee.... |
tenang dan nyaman..... |
Ziarah Perkampungan Batak Toba
Jam 2.30pm Pak Hardy menjemput kami utk ke perkampungan Batak, meninjau rumah-rumah kaum batak serta persekitarannya yg agak unik dan tradisional. Terdapat juga tarian sigale-gale kepada para pelancong yg ingin menikmatinya.
Perkampungan Tomok
Dari sana kami terus ke makam raja batak dikenali sebagai raja Sidabutar. Perlu bagi komisen utk mendengar taklimat ringkas sejarah raja berkenaan.....agak membosankan. Kami tengok2 dan lihat2 jeee sambil berposing sebagai kenang2an. Terdapat gerai2 cenderamata sepanjang laluan kemakam raja2 batak ni.
Perkampungan Ambarita
Tempat ini dikenali dan polular kerana terdapat kerusi batu raja Siallagan, sejarah raja batak yg agak menarik-kisah potong kepala manusia....ngeri gak ceritanya.Kita boleh duduk2 sambil mendengar sejarah kerusi batu raja siallagan ni....disini tempat perlaksanaan hukuman potong kepala kpd pesalah2 orang batak zaman dulu2...
Mandi manda di danau toba, samosir island.
Aktiviti yang amat dinanti2kan....disebelah petang air danau toba memang berombak kuat berbanding sebelah pagi yg tenang. Namun kelihatan anak2 batak toba bermandian dan terjun dengan selambanya, membuatkan kami juga agak teruja utk turut serta.....airnya jernih dan sejuk teramat la rugi kalau tak mandi....
Makan thari dan malam di samosir island.....nasi goreng berlaukkan ayam goreng panas...pun sodapppp. Tiada aktiviti malam, hanya menikmati udara malam yang segar ditepi tasik sambil minum2 serta makan makanan ringan yg dibawa.
mengenyangkan perut thari dan malam di 'mami tempo' samosir island. |
rasa macam cepat sangat masa berlalu...belum puas menikmati keindahan serta ketenangan pulau samosir kami terpaksa pulang esok...rasa cam nak tambah semalam lagi.
SAMOSIR-SIMARJIRUNJUNG-BERASTAGI-MEDAN-DAY 4-010214
Selepas subuh kami bersiap utk bertolak balik ke Medan.....kemas barang dan menunggu Pak hardy yg sepatutnya datang jam 7am........Possing dulu sebelum meninggalkan samosir island.
hening pagi.....sunrise samosir island |
gitarisss...lagu selamat tinggal samosirrrr |
dari lobby mas cottages resort |
Sepanjang laluan kelihatan ramai anak2 sekolah berjalan kaki utk kesekolah.Tepat jam 8.30am fery telah pun bergerak meninggalkan jeti.....manakala kami sampai 8.35am. adohhhhh.... nasib masih menyebelahi kami kerana feri berpatah balik semata2 utk mengambil kami yg ketinggalan mungkin atas belas ehsan serta hubungan baik Pak Hardy yg menghubungi pemandu fery......lega bila berada atas feri, jika tidak kami akan terpaksa menunggu 2jam lagi utk feri yg berikutnya.
nasib baik fery ni patah balik... |
Dalam 40 minit kami sampai ke seberang.......tak ingat nama jeti ni
sampai diseberang...tak ingat nama tempat landing feri ni... |
Perjalanan ke Simarjirunjung
Meneruskan perjalanan dan bersarapan pagi direstoran siantar hotel ......sepanjang perjalanan balik kami menikmati keindahan alam...penanaman pokok lada hitam sepanjang laluan sehingga ke simarjirunjung.....
Singgah diAir terjun sipiso-piso
air terjun sipiso-piso |
track turun ke air terjun |
dari sipiso-piso berlatar belakangkan lake toba. |
deretan kedai di sipiso-piso |
Berastagi
Kebetulan perjalanan ke Berastagi.menjamu kami dengan debu-debu berterbangan letusan gunung berapi sinabung, sepanjang perjalanan cuaca berdebu, tika ini kami dimaklumkan 3 orang telah terkorban dan sinabung masih terus memuntahkan laharnya....Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai di Medan. Sesampai di Malaysia jumlah keseluruhan terkorban akibat letusan berkenaan seramai 14 orang.Aktiviti utama diBerastagi ialah membeli cenderamata serta buah2an segar....terdapat juga aktiviti berkuda.
Debu2 sinabung terus berterbangan diberastagi....keadaan agak berdebu, selepas makan kami terus meninggalkan Berastagi menuju ke Medan.....kelihatan juga tempat perpindahan mangsa2 sinabung yg tidak dibenarkan pulang kerumah kerana sinabung masih aktif pada tika itu.....Alhamdulillah tiada perkara buruk yg berlaku sepanjang perjalanan kami menuju Medan.
kedai makan Islam Bu Dyah -sedap dan murah diberastagi |
Dari Berastagi kami meneruskan perjalanan menuju Medan.....dari kejauhan kelihatan gunung berapi sinabung yg masih berdiri dgn megahnya, manakala debu2 masih berterbangan diudara berwarna kemerahan meliputi awan sepanjang laluan ke medan.
MEDAN-DAY 5-020214
Istana Maimon-kelihatan ramai pengunjung yg berada disini....kami tak berapa nak minat ditempat2 yg seumpama ini.....oleh sebab dah sampai.....follow jeee. Makan thari di gerai bersebelahan dengan istana maimon..alhamdulillah kenyang.
istana maimon, medan |
ini dua budak sangat senang hati...depan istana maimon medan |
dua budak cacat depan istana maimon medan sedang berjogging... |
Jam 1pm kami bertolak menuju ke Kualanamu airport utk kembali pulang ke tanah air.....memori indah bersama keluarga tersayang.
alhamdulillah....selamat sampai KLIA |
No comments:
Post a Comment