Sunday 4 August 2013

26-ZIARAH WIDA' DAN SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWWARAH

281112

Kelmarin jejak2 kami ditinggalkan disini, namun hari ini kami perlu berlalu pergi meninggalkan seribu satu kenangan terindah dibumi Madinah, kami akan berangkat pulang ketanah air tercinta MALAYSIA. Selama 42 hari bermula di Makkah Al-Mukarramah hingga ke Madinah Al-Munawwarah segala suka duka, penat lelah, pahit manis, iman dan taqwa kami tempuhi atas nama pengabdian diri dalam menunaikan ibadah haji kehadrat Allah SWT.



nak pergi buat ziarah wida'......

Pagi ini kami akan membuat ziarah wida' iaitu ziarah perpisahan atau ziarah selamat tinggal dengan menziarah makam rasulullah sebelum meninggalkan Madinah. Ziarah ini juga boleh dilakukan dari luar masjid berkenaan. Bagi kami yang lelaki memang tiada masalah untuk masuk kedalam masjid dan terus ke makam rasulullah.....so tok ayah, tok dad dan hj mie masuk ke dalam singgah di raudhah dan terus ke makam rasulullah utk mengucapkan selamat tinggal kpd baginda, manakala tok mek, tok mom & hjh mah berdoa dari luar sahaja....kami bertemu semula diluar masjid Nabawi. 


makam rasulullah saw, saidina abu bakar al-siddiq and saidina umar al-khattab..
masa ni kena warning ngan guard tu...fotografi tidak dibenarkan...
sengeh2 anguk2 je laa...
layan foto lagi.........


selepas doa dan ziarah wida'...jumpa kawan2 sepenerbangan...


oleh kerana kumpulan kami adalah antara jemaah terakhir meninggalkan
Madinah....sempat tengok kerja2 pembersihan dilaksanakan dimasjid Nabawi...

selepas solat magrib, kami berkumpul di bahagian bawah hotel ....pastikan semua barangan siap sedia untuk meninggalkan Madinah. Bergerak dengan bas ke airport, sepanjang perjalanan serta hentian kami dapat menyaksikan beg2 besar dipungah oleh petugas2...diturunkan dari atas bas dengan cara yg agak kasar...redha jee...

lepas solat magrib...posing terakhir di masjid Nabawi...


menunggu bas utk ke terminal Airport Madinah.....


airport Madinah ni comei jee....flight delay 2 hour, masa ni ada juga jemaah
yg 'angin'...sobarrrrr....kami hanya sembang2 dgn
kawan2 jemaah yang lain dan posing2.

dalam bas di terminal Madinah...



alhamdulillah...selamat sampai di KLIA ...291112 jam 2pm.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT selamat sampai di bumi Malaysia jam 2pm, bermakna  tanggung jawab terhadap isteri serta kedua mertua ketika berada ditanah suci telah tok dad laksanakan sebaik dan semampu mungkin khususnya tok ayah yg memang sebilik dan sentiasa menjadi keutamaan atas dasar keuzurannya. 
Bermula utk mengerjakan haji menuju Arafah, Muzdalifah, Mina dan kembali ke Mekah semula seterusnya ke Madinah tok dad adalah pembawa beg tok ayah yang setia...ha ha....(membawa  beg dlm suasana yg ramai mmg amat mencabar....) begitu juga tika tawaf, saie, memakai ihram, melaksanakan haji dan umrah... tok dad jugalah yg akan menjadi pengapit setianya....tika makan samada dicafe atau dimana saja tok dad akan  memastikan makanannya berada didepan mata....sepanjang menjadi pembantu setia tok ayah,  tok dad amat bersyukur kpd Allah Swt kerana memberi ketabahan dan kesabaran yg tinggi utk melaksanakan tanggungjawab ini ....walaupun adakalanya tok dad perlu bermuhasabah diri dalam menghadapi cabaran dan dugaan ini....kerana letih agaknya....kisah ikhlas ini tok dad abadikan sebagai ingatan pada diri tok dad dan nasihat kepada semua anak cucu tok dad agar sentiasa sabar, tabah dan taqwa serta membantu sesama jemaah ketika berada ditanah suci.....ha ha da macam wasiat la pulak.... inilah hakikat perjalanan haji yg tok dad alami  sepanjang 42 hari ditanah suci.....
Ya Allah...ampunilah dosa2 kami,terimalah taubat serta ibadah kami...Amin.

SELAMAT TINGGAL MADINAH....INSYALLAH BERTAMU LAGI.

  BERAKHIRLAH SUDAH PENGALAMAN HAJI IFRAD INI...
SEMPENA KEHADIRAN SYAWAL 3 HARI LAGI...
MAAF ZAHIR BATIN DAN SELAMAT HARI RAYA  AIDIL FITRI 1434 KEPADA SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT ....WASSALAM.






2 comments:

  1. Syabas, tokdad di atas blog yang komprehensif dan penuh dengan kenangan mengusik jiwa. Mudah-mudahan kita akan sentiasa beroleh perlindungan Allah. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat Haji dan Hajah serta Haji Tok Ayah dan Hajah Tok Mek.

    ReplyDelete
  2. Saudaraku, Tuan Haji Zainal, dah hampir setahun kita bersama2 menunaikan Haji di Tanah Suci. Kini hari Wukuf semakin hampir. Perasaan rindu kepada Baitullah semakin terasa dan segala ingatan tentang kehebatan dan kebesaran Allah di Tanah Suci kembali terbayang di hati saya. Hanya Allah yang mengetahui betapa rindunya saya kepada Tanah Suci dan saya yakin Tuan Haji Zainal dan isteri pun begitu juga. Terima kasih kerana menjadi teman dan sahabat saya ketika kita bersama2 menyempurnakan rukun Islam ke-5 Oktober/November tahun lalu. Terima kasih di atas silaturahim.

    ReplyDelete

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...