271112
Raudhah...Taman syurga......
Pagi ini selepas subuh tok dad, tok ayah dan hj mie menyusuri persekitaran masjid Nabawi, manakala tok mom and the geng tak dapat dikesan...mungkin kat bilik kot...he he...
Kami bercadang untuk ke Raudhah buat kali terakhir sebelum berangkat balik esok.
Laluan hari ini memang tak ramai jemaah...di pintu utama juga lengang. Sampai di kawasan raudhah keadaan tidak penuh, namun masih ramai jemaah yg beratur utk masuk ke raudhah....kami pun turut serta, tika ini kami telah pun terpisah mengikut keadaan semasa yg agak berasak2...tok dad menunggu betul2 dihadapan pintu mimbar utk masuk ke raudhah....manakala hj mie dan tok ayah membawa haluan sendiri....alhamdulillah hari ini bersembahyang dan berdoa ditaman syurga ini amat tenang, tiada tolak menolak, tiada arahan utk keluar awal...duduk lah semahunya...tenang dan terkawal.
Tika di raudhah dengan suasana setenang ini pastinya akan digunakan sebaik mungkin oleh sesiapa sahaja untuk menghambakan diri kepada penciptanya....berdoa sepuasnya kerana ditaman syurga ini adalah antara tempat yg paling mustajab utk berdoa. Rasulullah saw bersabda "antara rumahku dan mimbarku adalah termasuk taman syurga dan mimbarku berada diatas telagaku"....hadis riwayat Abu Hurairah ra.
Kita tengok suasana di raudhah.........271112
masjid asal yg dikekalkan berada dalam masjid Nabawi yg telah diperbesarkan. dihadapannya adalah taman syurga.... |
berada di pintu masuk (Al-Salam) ke raudhah dan makam nabi....lengang.
mimbar nabi....kenangan tok dad berdiri betul2 dihadapan pintu mimbar (warna coklat tu)... menunggu sebelum berkesempatan masuk ke raudhah... |
tempat muazzin melaungkan azan....masjid Nabawi |
mihrab Usmani...mihrab yg berada dihadapan sekali dan digunakan oleh masjid Nabawi sebagai tempat solat Imam....2012. |
pintu keluar dari taman syurga...sentiasa ada hulubalang berkawal disitu... |
laluan dari pintu Al-salam ke makam Rasulullah... dihujung sana.. |
ruang paling hadapan masjid Nabawi.... tika waktu puncak ruang ini sentiasa padat dan dipenuhi jemaah. |
bertemu diluar...keluar dari raudhah.
Selesai bawa tok ayah ke raudhah, jam 9am tok dad ziarah lagi dengan tok mom pulak...kali ni tak masuk ke raudhah sbb jemaah wanita tidak sewenang2 utk ke raudhah berbanding jemaah lelaki.....kami melihat2 kawasan persekitaran yang tenang dan damai.....bilangan penjual juga sudah mula berkurangan berbanding ketika awal2 sampai dahulu.....tok mom bertemu kawan lama didataran....sempat posing.
letih aku....layan diaorang ni...
Cantiknya gambar2 Tok Dad ni.. terang-terang semuanya.
ReplyDelete