Tuesday, 16 July 2013

17-UMRAH SELEPAS IBADAH HAJI SELESAI.



08/11/12-Sebelum berangkat ke Madinah, kami sempat memenuhi masa mengerjakan umrah sunat sepanjang berada di Makkah. Kemudahan bas disediakan oleh pihak THTS bagi memudahkan jemaah melakukan niat mengerjakan umrah di Tan'im....alhamdulillah amat memudahkan para jemaah, bas akan bertolak ke Tan'im pada jam 9pm setiap hari dan para jemaah diagihkan mengikut hari2 yg telah ditetapkan.
Hari2 yang berkesempatan bagi kami menunaikan umrah sunat.....
081112-101112-121112-141112-161112.
Umrah pada 081112 & 101112 tok ayah & tok mek tak ikut serta kerana masih belum sihat sepenuhnya, mereka meneruskan ibadah2 harian di Masjidil Haram seperti biasa.

Paparan foto2.....sepanjang menunggu hari berangkat 
ke Madinah Al-Munawwarah pada 19/11/12

layan foto........


posing di bilik...081112

tok mom & tok mek lepas solat subuh 101112






suasana lepas mengerjakan umrah sunat... jemaah masih ramai jam 1.30am


selesai saie...laluan bukit safa-marwah jam1am.
keadaan sekitar Baitullah jam 1.30am 111112


indahnya...awal pagi






Selepas selesai perlaksanaan ibadah haji, hari2 seterusnya di Makkah dijalani dengan rutin harian melaksanakan ibadah fardhu dan sunat, berulang alik ke masjidil haram.....dikesempatan yang terluang ini kami juga menyusuri deretan2 kedai pelbagai barangan serta meneroka persekitaran masjidil haram..... indahnya bumi ciptaan Allah SWT.






Tuesday, 9 July 2013

16-ZIARAH LUAR-JABAL THUR/JABAL RAHMAH/JABAL NUR MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Salam semua....sempena ketibaan Ramadhan Al Mubarak, Tok Dad ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua anak cucu serta kenalan dialam maya ini....Esok (10/07/12) kita akan mula berpuasa 1434h.

Letih la.....continue later....

06/11/12 Jam 3.30am rutin biasa.
Hari ini kami akan dibawa untuk ziarah luar iaitu ke Jabal Thur, Jabal Rahmah dan Jabal Nur.Jam 7.00am siap sedia dilobi hotel untuk bergerak dengan bas yang disediakan.  
Kali ni kebetulan satu bas ngan shamsul ghau2....sempat borak2 jap. Kami satu penerbangan dan hotel yang sama...sentiasa senyum tika bertemu dan membantu jemaah lain. Hari ni tok ayah dan tok mek tidak ikut serta kerana kedua2nya ingin berehat dibilek, mungkin rasa lesu batuk dan demam masih terasa.....lagi pun mereka telah pun sampai kesana semasa mengerjakan umrah terdahulu.


Lokasi pertama adalah Jabal Thur...sesampai disana ternampak ada unta berhias dan bukit batu. Merupakan tempat persembunyian Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar selama 3 hari 3 malam tika Rasulullah cuba dibunuh oleh puak Quraish Mekah.

Kawasan ini telah pun dibangunkan untuk ziarah para jemaah yang mengerjakan umrah atau pun haji.


bas yang kami naiki....
pemandangan jabal thur....

jangan lupa naik unta berhias...he he


Dr Nik.....rakan jemaah dari KB 

Seterusnya kami menuju ke Jabal Rahmah....tempat dimana pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa setelah terpisah sekian lama.Jam 8.30am sampai di Jabal Rahmah, persekitaran nya amat menakjubkan, tumpuan terarah ke sebuah bukit yang dipenuhi dengan batu2 kecil dan besar, indahnya dari kejauhan. Di tengah2 bukit berkenaan terdapat mercu tanda batu warna hitam putih.
Berposing dan memanjat naik keatas menerusi tangga2 batu yg tersedia dibukit berkenaan....alhamdulillah sampai hingga ke puncak bukit...indahnya panorama ciptaan tuhan yang boleh dilihat dari atas bukit berkenaan, tika ini jemaah tidak terlalu ramai membolehkan kami naik dan bergambar dengan tenang.


kenangan abadi berlatar belakangkan jabal rahmah.
hmmmm....
di tangga utk menaiki jabal rahmah..


pandangan dari atas jabal rahmah....
ngan mem...


















Meneruskan perjalanan dan bas berhenti di masjid Ja'ranah, disini para jemaah boleh melakukan niat untuk melaksanakan umrah sunat, kerana masjid ini berada diluar dari tanah haram. 
Bas bergerak ke Jabal Nur, kami hanya melihat panorama jabal nur dari jarak yang jauh kerana bas hanya berhenti ditepi jalan. Para jemaah yang ingin mendaki gua ini memerlukan masa sekurang2nya sejam untuk sampai ke puncaknya. Disini terdapat gua hiraq tempat dimana Rasulullah SAW menerima wahyu pertama dari malaikat Jibrail.



jabal nur dari laluan yang kami lalui...
jabal nur.diperutnya terdapat gua hiraq.



kami meneruskan perjalanan dan lebih kurang jam 10.30 bas kami bergerak meninggalkan Jabal Nur untuk kembali kebilik penginapan.

perjalanan balik kebilik...pembangunan Makkah 

on the way....

pejabat tabung haji Makkah.

alhamdulillah...sampai semula dibilik penginapan.

alhamdulillah.......jam 11am sampai bilik, berehat dan bersiap sedia untuk solat zohor di masjidil haram.

lotih siapkan post yang ni....3 hari baru siap, puasa daaaa....

07/11/12-rutin harian seperti biasa bermula jam 3.30am.
Jam 7am kami ada ziarah dalaman bersama THTS, yang mana lawatan melibatkan sekitar masjidil haram....kami tidak menyertai ziarah ini sebaliknya membuat 'lawatan persendirian' selepas solat subuh. Arah kami adalah diaras 3, Masjidil Haram....menikmati keindahan alam ciptaan 
Allah SAW.







                                             selepas solat subuh di aras 3, Masjidil Haram....

tok mom posing ke tuuuu....aras 3 masjidil haram.



Saturday, 6 July 2013

15-MELAKUKAN UMRAH HAJI



05/11/12-alhamdulillah tanda2 reda batuk tok ayah mula kelihatan , manakala aku perlu mengumpul segala tenaga untuk melaksanakan umrah haji yang akan bermula jam 9pm malam ini. Oleh kerana tok ayah masih belum pulih sepenuhnya, tok dad menyediakan kerusi roda bagi memastikan umrah haji berjalan lancar.
Jam 9.30pm bas bertolak ke Tan'im utk laksanakan niat umrah dan sampai semula di Masjidil Haram jam 11pm.

niat umrah di  Masjid  Saidatina Aishah di Tan'im

 tok mom dihadapan masjid Di Tan'im...
Jam 11.30pm kami kearas 2 untuk melakukan tawaf, saie dan bertahalul....tika ini bilangan jemaah diaras 2 agak berkurangan berbanding dibahagian bawah yang masih ramai dan padat, pergerakan dibahagian bawah juga agak perlahan. 



selesai tawaf aras 2.


alhamdulillah....selesai tawaf 
basahkan tekak dgn air zam2....laluan saie.
                             
                                   laluan saie aras 2



senyum lebar....selesai ibadah haji.

Aras 2, Masjidil haram...selesai tawaf


selesai saie, bergerak pulang ke bilik...

nak balik kebilik
   


posing lagi didataran 3am..on the way back.


















Walaupun dalam keadaan yang perlahan, letih juga tok dad tolak kerusi roda...... kami selesai mengerjakan umrah haji jam 2.30am 06/11/12, menandakan lengkaplah sudah ibadah haji Ifrad kami.
Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kehadrat Allah SWT kerana mempermudahkan urusan kami dalam melaksanakan ibadah haji ini...semoga ibadah haji kami diterima oleh Allah SWT dan beroleh haji yang mabrur...amin.

Insyallah kita akan sambung tentang pengalaman tok dad selepas menyelesaikan ibadah haji.......





THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...