Tuesday 9 July 2013

16-ZIARAH LUAR-JABAL THUR/JABAL RAHMAH/JABAL NUR MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Salam semua....sempena ketibaan Ramadhan Al Mubarak, Tok Dad ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua anak cucu serta kenalan dialam maya ini....Esok (10/07/12) kita akan mula berpuasa 1434h.

Letih la.....continue later....

06/11/12 Jam 3.30am rutin biasa.
Hari ini kami akan dibawa untuk ziarah luar iaitu ke Jabal Thur, Jabal Rahmah dan Jabal Nur.Jam 7.00am siap sedia dilobi hotel untuk bergerak dengan bas yang disediakan.  
Kali ni kebetulan satu bas ngan shamsul ghau2....sempat borak2 jap. Kami satu penerbangan dan hotel yang sama...sentiasa senyum tika bertemu dan membantu jemaah lain. Hari ni tok ayah dan tok mek tidak ikut serta kerana kedua2nya ingin berehat dibilek, mungkin rasa lesu batuk dan demam masih terasa.....lagi pun mereka telah pun sampai kesana semasa mengerjakan umrah terdahulu.


Lokasi pertama adalah Jabal Thur...sesampai disana ternampak ada unta berhias dan bukit batu. Merupakan tempat persembunyian Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar selama 3 hari 3 malam tika Rasulullah cuba dibunuh oleh puak Quraish Mekah.

Kawasan ini telah pun dibangunkan untuk ziarah para jemaah yang mengerjakan umrah atau pun haji.


bas yang kami naiki....
pemandangan jabal thur....

jangan lupa naik unta berhias...he he


Dr Nik.....rakan jemaah dari KB 

Seterusnya kami menuju ke Jabal Rahmah....tempat dimana pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa setelah terpisah sekian lama.Jam 8.30am sampai di Jabal Rahmah, persekitaran nya amat menakjubkan, tumpuan terarah ke sebuah bukit yang dipenuhi dengan batu2 kecil dan besar, indahnya dari kejauhan. Di tengah2 bukit berkenaan terdapat mercu tanda batu warna hitam putih.
Berposing dan memanjat naik keatas menerusi tangga2 batu yg tersedia dibukit berkenaan....alhamdulillah sampai hingga ke puncak bukit...indahnya panorama ciptaan tuhan yang boleh dilihat dari atas bukit berkenaan, tika ini jemaah tidak terlalu ramai membolehkan kami naik dan bergambar dengan tenang.


kenangan abadi berlatar belakangkan jabal rahmah.
hmmmm....
di tangga utk menaiki jabal rahmah..


pandangan dari atas jabal rahmah....
ngan mem...


















Meneruskan perjalanan dan bas berhenti di masjid Ja'ranah, disini para jemaah boleh melakukan niat untuk melaksanakan umrah sunat, kerana masjid ini berada diluar dari tanah haram. 
Bas bergerak ke Jabal Nur, kami hanya melihat panorama jabal nur dari jarak yang jauh kerana bas hanya berhenti ditepi jalan. Para jemaah yang ingin mendaki gua ini memerlukan masa sekurang2nya sejam untuk sampai ke puncaknya. Disini terdapat gua hiraq tempat dimana Rasulullah SAW menerima wahyu pertama dari malaikat Jibrail.



jabal nur dari laluan yang kami lalui...
jabal nur.diperutnya terdapat gua hiraq.



kami meneruskan perjalanan dan lebih kurang jam 10.30 bas kami bergerak meninggalkan Jabal Nur untuk kembali kebilik penginapan.

perjalanan balik kebilik...pembangunan Makkah 

on the way....

pejabat tabung haji Makkah.

alhamdulillah...sampai semula dibilik penginapan.

alhamdulillah.......jam 11am sampai bilik, berehat dan bersiap sedia untuk solat zohor di masjidil haram.

lotih siapkan post yang ni....3 hari baru siap, puasa daaaa....

07/11/12-rutin harian seperti biasa bermula jam 3.30am.
Jam 7am kami ada ziarah dalaman bersama THTS, yang mana lawatan melibatkan sekitar masjidil haram....kami tidak menyertai ziarah ini sebaliknya membuat 'lawatan persendirian' selepas solat subuh. Arah kami adalah diaras 3, Masjidil Haram....menikmati keindahan alam ciptaan 
Allah SAW.







                                             selepas solat subuh di aras 3, Masjidil Haram....

tok mom posing ke tuuuu....aras 3 masjidil haram.



No comments:

Post a Comment

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...