Saturday 6 July 2013

14-AKTIVITI SEBELUM UMRAH HAJI.

30/10/12 alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT selepas selesai menunaikan ibadah Haji, kami terus melaksanakan rutin harian seperti biasa, memenuhi masa melaksanakan ibadah fardhu serta ibadah sunat harian, berulang alik ke Masjidil Haram setiap waktu solat... disulami dengan 'jamu mata' dengan jualan yg banyak terdapat dihadapan hotel penginapan kami dan dipersekitaran Masjidil Haram.Perancangan untuk melaksanakan UMRAH Haji adalah pada 05/11/12 dimana bas disediakan oleh THTS.
Bermula dari tarikh ini pihak THTS menyediakan bas untuk para jemaah melakukan umrah dan  berniat umrah di TANAIN sebanyak 6 kali. 
Tok Mom demam, batuk dan sakit kepala-berehat je kat bilik.
Batuk dan deman tok ayah semakin terok, ke pusat perubatan utk dapatkan ubat dan rawatan lanjut.Poskan air zam2 ke Malaysia.
lepas isyak dataran masjidil haram



















31/10/12-rutin harian seperti biasa.
-laksanakan tawaf sunat, tok mom selsema, batuk dan tak sihat, tok dad juga dah mula batuk2
-tok ayah & tok mek masih batuk dan demam selsema....berehat dibilik.
-layan posing jap ehhh....

laluan dibawah jejantas
kearas2 masjidil haram.


sempat lagi mopp..nasib la tok mom
lepas subuh didataran...


01/11/12-rutin harian seperti biasa
ketiga2nya batuk, selsema dan demam, cuma tok dad masih bertahan....

persekitaran masjidil haram...
merpati disana sini..

merpati dibumi Allah SWT....

lepas zohor...hadapan Safwa Towers

lepas zohor...bridges to level 2,
masjidil haram

lepas zohor....di dataran

lepas zohor laluan didataran masjidil haram

02/11/12-rutin harian seperti biasa, jumaat hari kebesaran diMakkah dan juga umat islam sedunia, ramai warga tempatan membanjiri Masjidil Haram...terlalu sesak. 
-kami poskan sejadah/barangan keMalaysia.
-tragedi ngeri tika menaiki escalator utk solat jumaat....tok dad terlibat sama dlm peristiwa yang menakutkan ini, jemaah terlalu padat dan sesak...ada antaranya dah mula jatuh dan terpijak...panik kerana keadaan dah tak boleh bergerak, terlalu panas tiada udara yg mencukupi...tok dad betul2 ditepi dinding esculator di gate ...., dlm kepala memikirkan sekiranya masih tidak bergerak terpaksa panjat dinding, mata melihat2, kepala berpikir2...insyallah boleh panjat dinding tuuu...bagaimana pun tindakan pantas pihak penyelamat amat menenangkan jiwa...alhamdulillah keadaan terkawal dan escalator di hentikan.

selepas subuh...

after subuh...daily access to the room

 friday prayers...
most crowded and dense in Masjidil Haram

lepas solat jumaat...jemaah wanita turut serta.

03/11/12-rutin harian seperti biasa berulang alik ke masjidil haram, tawaf sunat, batuk semakin menjadi2....tok ayah semakin terok, batuk berdarah mungkin panas dan kering yg melampau, aku juga tak lena pd mlm ini kerana batuk disamping merawat tok ayah yang mmg sepanjang malam batuk dan tak tidor....keadaannya agak lesu, lemah dan tidak upaya....sediakan roti, ubat dan air untuknya.

solat suboh dihadapan kaabah



solat subuh dihadapan kaabah.

hotel Makarim Ajyad &
 hotel Elafal Mashaer, Makkah.

hotel ramada, Makkah.

selepas subuh...sempat lagi ronda2 
persekitaran masjidil haram



04/11/12-keadaan tok ayah masih agak terok dan masih batok, manakala batuk kami mula berkurangan....seperti biasa rutin harian diteruskan.
tok ayah...cough & fever...take medicine.

No comments:

Post a Comment

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...