Thursday 4 July 2013

12-KEMBALI SEMULA KE MAKKAH AL-MUKARRAMAH-TAWAF IFADHAH

Sampai dibilik penginapan, keadaan tok ayah mula batuk2 dan demam, alhamdulillah tika ini tok dad, tok mom dan tok mek masih bertahan kerana bermula dari Mina lagi, ramai antara jemaah haji yang telah pun mengalami batuk2 yang memeritkan tekak serta melesukan badan.
Kami membuat keputusan untuk melaksanakan TAWAF IFADHAH (RUKUN) pada keesokan harinya.
29/10/12-3.30am kami ke masjidil haram untuk solat subuh dan seterusnya melakukan tawaf untuk melengkapkan ibadah haji kami.
Memulakan tawaf haji jam 6.30am, keadaan jemaah yang melakukan tawaf terlalu ramai, namun atas kudrat serta niat utk melaksanakan tawaf berkenaan, alhamdulillah selesai jam 8.15am. Syukur tidak terhingga kehadrat Allah SWT kerana telah memperkenankan, menyempurnakan serta mempermudahkan urusan ibadah haji kami. Selesai tawaf, sembahyang sunat tawaf serta berdoa di belakang Makam Ibrahim.
Tidak perlu berihram kerana telah bertahallul awal.
Kami juga tidak perlu melakukan saie, kerana TELAH dilaksanakannya selepas melakukan tawaf QUDUM tempohari(atas bimbingan mutawif).
Baki 3 pantang larang ihram terungkai sebaik selesai melaksanakan tawaf haji berkenaan....ALHAMDULILLAH.
alhamdulillah selesai menyempurnakan ibadah haji...
rehat jap dlm masjidil haram.
keluar masjidil haram balik ke bilik penginapan.....
Oleh kerana kami melakukan HAJI IFRAD.....maka kami perlu menyempurnakan ibadah HAJI  terlebih dahulu dan diikuti ibadah UMRAH bagi melengkapkan perlaksanaan haji ifrad berkenaan.
Seterusnya menunggu untuk melakukan UMRAH HAJI.................





No comments:

Post a Comment

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...