Saturday 27 July 2013

23-ZIARAH PERKUBURAN BAQI' MADINAH

231112-Aktiviti harian seperti biasa.
Selain aktiviti harian, kami meronda2 disekitar masjid nabawi...memasuki ruang pasaraya popular...Taibah Commercial Center (TCC) yang terletak berhadapan pintu besar masjid Nabawi, disini juga kami bertemu kenalan2 lama....ketika ini Madinah sudah mula ditinggalkan...keadaan persekitaran Masjid Nabawi agak lenggang dari ribuan jemaah....


terjumpa hj mie.....
tokeh kurma...boleh berbahasa melayu.
jumpa tok imam ....
masjid Manar, Tanah Merah, Kelantan.
jumpa kawan tok mom di TCC...
dari JPN KL

Ini pulak kawan2 baru tok dad 'seagama berlainan bangsa' di Madinah...... 

dari Malang, Indonesia...
dari Afghanistan....

puak2 Taliban....
Turkistannnnn......di TCC

tiga wajah yang mengambarkan kehidupan...
sedih, menung dan senyum...warga tempatan Madinah yg setiap pagi ada 
ditepi bangunan hotel Movenpick...sinar wajahnya menarik perhatian tok dad
 utk singgah dan bercerita...


241112-Aktiviti harian seperti biasa.
Sebelah pagi kami ke Masjid Quba' secara sendirian.
Kami mengambil teksi yang banyak terdapat dihadapan Movenpick hotel....bayaran untuk seorang RS15 pergi, tunggu dan balik...amat memudahkan.
Sebelah petang, selepas solat asar ada pengumuman solat jenazah...selepas itu tok dad dan hj Mie mengikuti jenazah yang dikebumikan diperkuburan Baqi'....ini adalah peluang terbaik kami utk memasuki tanah perkuburan berkenaan....manakala jemaah wanita tidak dibenarkan masuk ke tanah perkuburan ini. 
Perkuburan Baqi' adalah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah serta jemaah2 yg meninggal dunia di Madinah. Disini juga disemadikan isteri, anak serta sahabat2 rasulullah antaranya Saidina Uthman bin Affan.
Nisannya terdiri dari batu2 serta tiada kubah atau binaan struktur diatasnya...bersih, kemas dan teratur.




hj mie...perkuburan baqi' Madinah.

tok dad....nostalgia di Baqi',Madinah.




makam Ibrahim anak lelaki Rasulullah saw....yg ada penjaga berpayung tuuu..

makam isteri2 Rasulullah saw...yg baju biru berpayung tu
adalah mutawif  perkuburan Baqi'...kalau pandai
berbahasa Arab boleh la jadikan rujukan...

 Sebelum solat magrib ramai antara para jemaah yang menunaikan ibadah puasa sunat 10 muharam (hari asyura) menunggu waktu untuk berbuka puasa......tidak mengira bangsa dan keturunan setiap umat Islam sama2 menyambut hari kebesaran dan bersejarah islam ini, banyak ganjaran dan pahala diberikan kepada sesiapa yang menunaikan puasa pada hari asyura ini....dan pada hari ini juga banyak perkara2 besar yang dijadikan oleh Allah SWT... detailnya carilah sendiri kelebihan berpuasa pada 10 muharam ini.

menunggu waktu utk buka puasa 10 muharam...masjid Nabawi.
makanan terdiri dari kurma, kuih dan air zam2.

No comments:

Post a Comment

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...