Friday 26 July 2013

22-ZIARAH LUAR MADINAH-QUBA'/UHUD/QIBLATAIN/LADANG KURMA

211112-Rutin harian seperti biasa.
221112-Jam 7am - hari ini kami akan buat ziarah luar yang meliputi masjid Quba', masjid Qiblatain, Ladang Kurma, perkuburan Uhud serta ladang kurma. Perjalanan kami diiringi oleh 2 orang pelajar Malaysia dari Universiti Islam Madinah.....petah berbicara serta mahir tentang sejarah madinah....seronok jumpa mereka, amat peramah dan merupakan anak tempatan Trengganu. 

Masjid Quba'
Lokasi pertama adalah masjid Quba' yang merupakan masjid pertama dibina oleh umat Islam dan pastinya merupakan masjid tertua didunia. Sesiapa yang berwuduk dari rumahnya dan kemasjid ini untuk bersembahyang, maka ganjaran pahalanya adalah sama seperti ibadah umrah.


dari jauh...masjid Quba'
dalaman masjid Quba'
tok ayah....solat sunat dimasjid Quba'



bersama mutawif kami,,,UIM student.


Ladang Kurma.
Seterusnya kami ke ladang kurma...seronok tengok pokok2 kurma ni, sekali pandang cam pokok kelapa sawit la pulak...diladang kurma ni ada kedai jualan pelbagai jenis kurma, kismis serta kekacang....banyak tapi  harganya agak mahal berbanding harga dipasar kurma....jemaah dinasihatkan agar tidak membeli disini.....kerana kualiti dan jenis adalah lebih kurang sama, cuma harga yang berbeza........







Di madinah sememangnya buah kurma atau tamar adalah amat popular, dikatakan buah kurma Madinah adalah antara yang terbaik dan berkhasiat. Pelbagai jenis seperti Ambar, safawi, mariami dan yang paling menjadi sebutan adalah Ajwa yang juga dikenali sebagai kurma nabi... harganya sekitar SR60-SR100 sekilogram. Manakala yang lain2 adalah sekitar  SR20-SR40 bergantung pada jenis kurma.


Bukit Uhud.

Perjalanan kami seterusnya adalah bukit Uhud...lokasi berlakunya peperangan uhud antara tentera Islam dgn tentera Quraish. Disini juga bersemadinya  pejuang2 Islam sebagai para syuhadah yang gugur mempertahankan Islam.Bapa saudara nabi Saidina Hamzah Abu Mutalib turut terkorban dan disemadikan disini.Tentera Islam mengalami kekalahan akibat kegagalan mentaati perintah Rasulullah. Pasukan pemanah yang sepatutnya tidak turun kebawah mengutip harta perang yang ditinggalkan telah diserang balas oleh tentera Quraish yg dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid ketika itu. Disini juga terdapat bukit pemanah yang juga dikenali sebagai Jabal Rumat atau Jabal Ainain....dimana 50 org pemanah yg diketuai oleh Abdullah bin Jabir ditempatkan disitu.

Nun disana...kelihatan bukit pemanah 

dengar taklimat berlatar belakangkan persekitaran bukit uhud....
kelihatan juga masjid dikaki bukit berkenaan.

dulu2 bukit pemanah ni tinggi...
sbb ramai yg naik dah jadi rendah...ha ha


persekitaran bukit uhud...dari dlm bas.

Disini juga kita dapat melihat bukit pemanah yang dikatakan sebagai lokasi dimana 50 orang pemanah ditempatkan utk bertahan disitu tapi akhirnya telah turun kebawah menyebabkan kekalahan dipihak tentera Islam. Kelihatan ramai jemaah2 yang menaiki bukit berkenaan, tapi kumpulan kami tidak menaikinya kerana sebab2 keselamatan.



khusyuk dengar taklimat uhud...terdapat juga masjid dikaki bukit....

perkuburan syuhada uhud...
dimana para syuhada uhud disemadikan.

bukit uhud...

terdapat juga pelbagai jualan barangan dan cenderamata ditepi jalan...


Masjid Qiblatain.
Bas bergerak ke Masjid Qiblatain (masjid 2 kiblat), kerana masa agak singkat kami hanya lalu dimasjid berkenaan dan bas terus ke pasar kurma.......dimasjid ini sedang Nabi bersembahyang, rasulullah telah diarahkan untuk menukar kiblat dari Baitul Maqdis bertukar ke Kaabah di Mekah.

kami hanya lalu je di masjid Qiblatain ni...so gambonye tu je la...


Pasar Kurma Madinah.

Di pasar kurma kita dapat lihat pelbagai jenis kurma dengan harga yang lebih murah dari harga diladang....pilih dan bayar...

Madinah mmg terkenal dgn kurma yg bermutu tinggi...kat pasar kurma 

tok dad mintak maap byk2 la sebab gambau2 dlm blog ni tak berapa nak terang benderang...sejak dari mula sampai hingga nak balik ni tok dad hanya guna kamera i-phone 4s je bebanding kamera DLSR.....amat memudahkan sepanjang mengerjakan haji....ringan, kecil, pelbagai guna n gambau kira ok la...cam iklan la pulakkk. 

Kami bertolak balik kehotel penginapan lebih kurang jam 11am. 




No comments:

Post a Comment

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...