Wednesday 17 July 2013

18-UMRAH BERSAMA TOK AYAH & TOK MEK

Kami meneruskan aktiviti rutin harian seperti biasa. Seterusnya mengerjakan umrah sunat bersama tok ayah dan tok mek pada  121112,141112 dan 161112.
Oleh kerana tok ayah dan tok mek agak uzor kami menyediakan kerusi roda untuk kedua2nya. Seperti umrah2 yang lepas,  jam 9pm menaiki bas ke Tan'im dan sampai semula di Masjidil Haram hampir jam 11pm. Tok dad & tok mom naik kebilik hotel utk mengambil kerusi roda dan ke dataran masjidil haram dimana tok ayah & tok mek sedia menunggu....kami terus menuju ke aras 2, Masjidil Haram utk memulakan tawaf.








setelah selesai umrah terakhir kami pada 171112 jam 1am.

balik kebilik 1.30am....didataran juga agak lenggang....
Hari2 terakhir mengerjakan umrah, dipersekitaran masjidil haram serta suasana agak tenang kerana ramai diantara para jemaah telah mula meninggalkan Makkah, samada meneruskan perjalanan ke Madinah ataupun kembali ke negara masing2. Jemaah2 haji dari Malaysia juga sudah mula berkurangan, yang tinggal hanya rakan2 jemaah sepenerbangan KT 106 sahaja. Dataran Masjidil Haram juga telah agak lenggang berbanding waktu2 puncak terdahulu, kecuali dipersekitaran Baitullah masih ramai yang terus menyempurnakan tawaf masing2 di hari2 terakhir menyempurnakan umrah.


No comments:

Post a Comment

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...