Monday 1 July 2013

11-MASIH DI MINA 12 ZULHIJJAH

28/10/12-5am(12 zulhijjah) selepas subuh dan bersarapan hanya tok dad dan tok mom meneruskan utk melontar ketiga2 jamrah pada hari kedua, manakala ayah dan ibu mertua kurang sihat kerana mengalami kesakitan saraf dibahagian kaki. Atas faktor itu, tok dad dan tok mom telah diwakilkan untuk membuat lontaran bagi pihak kedua-duanya. Tok dad untuk tok ayah dan tok mom untuk tok mek.
selepas subuh ke Jamrah....
terowong ke jamrah...
















Perjalanan ke Jamrah hari ini agak sesak kerana terlalu ramai jemaah yang menuju ke Jamrah seawal selepas mengerjakan solat subuh.Namun perjalanan kami seperti biasa tenang dan terus bertalbiah sepanjang perjalanan cuma gerakan perjalanan agak laju dari semalam....mungkin kerana kami berdua tiada masalah sakit kaki semasa melaksanakan ibadah ini....alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT yang memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan ibadah ini.Keadaan di ketiga2 Jamrah  amat sesak dengan para jemaah yang sedang melaksanakan lontaran masing2.Alhamdulillah kami selesai melontar jam 7am dan terus beredar untuk pulang ke khemah utk melihat keadaan kedua mertuaku.
berat mata memandang.....
keadaan di Jamrah 12 zulhijjah 1433

















Selepas berbincang bersama tok mom, tok ayah dan tok mek, tok dad membuat keputusan untuk melaksanakan nafar awal atas sebab2 keuzuran yang dialami oleh tok ayah dan tok mek. Kami mendapatkan khidmat nasihat mutawif yang membimbing kami untuk memastikan semua syarat melaksanakan nafar awal telah dipatuhi. Kami  perlu meninggalkan Mina sebelum matahari terbenam(magrib) 12 zulhijjah.

Pihak THTS telah menyediakan 3 buah bas yang akan membawa para jemaah yang melakukan nafar awal untuk kembali ke penginapan di Makkah.
Jam 10am semua barangan telah siap dikemas kerana kami perlu menunggu bas yang akan sampai pada bila2 masa sahaja.
Jam 12pm kami menaiki bas yang disediakan dan bergerak ke Makkah, sepanjang perjalanan keadaan persekitaran Mina telah mula ditinggalkan. Khemah2 sepanjang jalan telah mula diturunkan, ramai dari para jemaah 'local' atau yang berdekatan mula menuju ke Makkah untuk meneruskan ibadah haji seterusnya.Kami meninggalkan bumi Mina dengan perasaan sayu....tak tahu bila berkunjung lagi.

jemaah yang tinggal...ramai yg telah bergerak ke Makkah
deretan khemah ditepi bukit sepanjang perjalanan pulang dari Jamrah....



3pm sampai di hotel penginapan dalam keadaan yang amat letih dan lapar.....oleh kerana cafe dipenginapan kami belum dibuka........hmmm kami makan di Felda D'Saji.......alhamdulillah lega rasanya.

Berehat untuk segarkan badan, jangan tergesa2 untuk terus menunaikan tawaf dan saie. Para jemaah yang masih berada di Mina yang melakukan nafar thani akan meneruskan lontaran pada hari ketiga (13zulhijjah-29/10/12) dan akan bertolak balik ke Makkah pada sebelah tengaharinya.






No comments:

Post a Comment

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...