Wednesday, 24 July 2013

21-TIBA DI HOTEL MOVENPICK, MADINAH AL-MUNAWWARAH

Cuaca yang amat dingin menggerakkan kami jam 4am 201112, bersedia utk solat subuh di masjid Nabawi.....keadaan pagi ini amat sejuk kerana keadaan cuaca di Madinah ketika kami sampai adalah sekitar 16c-24c musim sejuk di Madinah telah pun bermula.......syukur sangat kerana cuaca disebelah tengahari juga amat dingin walaupun mentari diatas kepala.
Hotel penginapan kami di Madinah juga agak berdekatan dengan masjid Nabawi lebih kurang 30 meter jaraknya dengan dataran masjid Nabawi melalui gate 15.....manakala rakan sebilik masih 'maintain'..... jutaan terima kasih kepada Allah SWT kerana memudahkan pergerakan kami ulang alik ke masjid.

sebelum solat subuh......
panorama dari aras 9, hotel movenpick, Madinah.

bilik penginapan.....
berhadapan masjid nabawi...

201112-ZIARAH DALAMAN MASJID NABAWI

Jam 7.30am kami berkumpul dihadapan hotel penginapan untuk ziarah dalamam yang merangkumi persekitaran masjid Nabawi. Pembimbing kami pagi ini adalah Ustaz Hj Aznil dari THTS. Antara lokasi ziarah ialah kubah hijau, perkuburan baqi', raudhah(taman syurga), deretan pasar kurma bersebelahan perkuburan baqi'  serta persekitaran masjid berkenaan yang terdapat banyak jualan2 pelbagai barangan.Oleh kerana ini adalah hari pertama di Madinah, maka kitaorang survey2 dulu.....

Suasana di Madinah agak berbeza dengan Makkah, jemaah lelaki bebas keluar masuk ke masjid dan juga raudhah, manakala jemaah wanita terpaksa mengikuti peraturan tertentu dari segi masa dan tempat di masjid nabawi begitu juga utk ke raudhah. Jemaah lelaki dan wanita juga diasingkan dengan kawal selia yang baik oleh petugas2 masjid berkenaan. 

kubah hijau....
dibawahnya terdapat makan rasulullah
Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT hari pertama sampai ni tok dad dan Hj Mie sempat masuk ke raudhah...tika kami sampai dipintu masuk ke raudhah kelihatan tak ramai jemaah, kami terus beratur mengikut barisan yg sedia ada dan sempat sembahyang sunat dan berdoa ditaman syurga ini...dan pastinya sepanjang berada di Madinah jika berpeluang dengan keadaan yang mengizinkan kami akan selalu kesini....insyallah.

tembok perkuburan baqi', Madinah

bersama hj mie... menunggu mem2 yg masih belum keluar dari raudhah...posing dulu...


Alhamdulillah....makan tengahari di Movenpick juga amat selesa, pelbagai masakan, minuman dan buah2an disediakan serta  layanan petugas THTS yang amat memuaskan....mesra jemaah...he he

Bismillah...Yum3...lunch time.

Alhamdulillah...epal merah ni sejak sampai
di Mekah hingga ke Arafah, Muzdaliffah, Mina
 dan ke Madinah sentiasa banyak,
amat rangup dan manis...rezeki dari Allah SWT...


Hj Mie sedang melayan memnya.......hmmmmm
biasanya tok dad & hj mie akan sediakan makanan atas meja
kerana kitaorang akan sampai dulu di cafe...

Sekiranya tiada program dilaksanakan, rutin harian kami di Madinah boleh dikatakan sama setiap hari...bermula jam 4am berulang alik ke masjid, makan2, ronda2, rehat2, borak2....buat apa yang disukai....he he..bestnye....



waktu asar.......antara laluan yg sering digunakan 
sepanjang berada di Madinah...

Tika ini bilangan jemaah di Madinah telah mula berkurangan berbanding terdahulunya, ada antaranya telah pun kembali ke negara masing2. Bagi jemaah haji Malaysia pergerakan ke Jeddah juga telah bermula dan seterusnya menaiki pesawat dari Jeddah-KL dan ada juga yang tidak perlu ke Jeddah dimana penerbangan adalah dari Madinah-KL. 
Untuk penerbangan KT 106 yang kami naiki tidak perlu ke Jeddah semula kerana penerbangan adalah dari Madinah-KL...alhamdulillah,  tidak perlu mengharungi perjalanan 8 jam yang amat meletihkan dari Madinah ke Jeddah. 



Monday, 22 July 2013

20-PERJALANAN DARI MEKAH KE MADINAH AL-MUNAWWARAH

191112-Perjalanan dari Mekah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 8 jam sejauh 437km dengan menaiki bas.
Bas mula bergerak meninggalkah Makkah Al-Mukarramah jam 4pm, sepanjang perjalanan masing2 dengan perasaan sendiri...ingat dosa dan pahala...mungkin juga ingat waktu2 mengerjakan haji...dan tak kurang yang telah lena dek keletihan perjalanan. Kami berhenti sebanyak 2 kali iaitu utk solat dan makan malam.

Hentian pertama berhenti untuk solat jamak maghrib dan isyak  lebih kurang jam 9pm.... Bas kami sepatutnya berhenti jam 8pm bersama bas2 yang lain diR&R yang telah ditetapkan, bagaimanapun oleh kerana keadaan agak sesak oleh deretan bas yg banyak, maka bas yang kami naiki meneruskan perjalanan dan berhenti di sebuah masjid kecil yang agak sunyi ditepi lebuh raya....setiap jemaah bergegas turun utk ke tandas dan seterusnya utk bersolat....keadaan masjid berkenaan agak sunyi spt tiada jemaah2 lain ....ditandas tidak ada air begitu juga ditempat solat...tiba2 muncul seorang 'Arab' yang tidak diketahui dari mana dan mungkin pemastautin masjid berkenaan yang menawarkan khidmat 'air perigi' disebelah tandas berkenaan yang memang tidak diketahui oleh kami akan kewujudan perigi berkenaan kerana persekitaran agak gelap...dia mengambilkan air dengan timba yang bertali dan memberikan bekas2 yang telah diisi dgn air utk jemaah mengambil wuduk...terlalu baik melayani kami yg ingin menunaikan solat ...terfikir dibenak fikiran betapa 'suci dan ikhlasnya' insan berkenaan....hanya Allah SWT jua yang membalasnya.....alhamdulillah selesai solat semua menaiki bas dan kami meneruskan perjalanan....manakala orang arab tadi telah tidak kelihatan....meninggalkan seribu tanda tanya....Allah maha besar lagi maha berkuasa.

Sepanjang perjalanan kami diberi bungkusan makanan dalam kotak mengandungi pelbagai roti dan kek serta air kotak...3 check point yg dilalui memberikan 3 kotak makanan....alhamdulillah rezeki dari Allah. Tak cukup dengan itu bas berhenti kali kedua jam 10pm di hentian R&R ....kami disediakan dengan makanan nasi arab berlaukkan ayam goreng...alhamdulillah habis pulak sebungkus......
jam 12 malam sampai di Hotel Movenpick, Madinah...badan agak letih bersihkan diri dan terus zzzzz


laluan belakang ...
hotel Movenpick, Madinah


pandangan hadapan....sebelahan gate 15
masjid Nabawi.







Friday, 19 July 2013

19-HARI TERAKHIR BERADA DIMASJIDIL HARAM

17/11/12
Pagi yang tenang, ceria dan segar membuatkan kami terus bertenaga untuk meniti kehidupan harian di Makkah. Selepas selesai solat subuh kami berhasrat utk ziarah dipersekitaran masjidil haram...menikmati keindahan ciptaan tuhan ditanah suci ini...

jejantas ke aras 2, masjidil haram

                                                   awal pagi aras 3.....dimasjidil haram


agak lengang dan sepi....antara laluan utama ke masjidil haram
yang sentiasa dipenuhi dengan jemaah

terminal bas awam ke Tan'im...
teksi  ke Tan'im juga banyak terdapat dilaluan ini...
                                   pembangunan pesat dipersekitarannya....dimana2 ada 'kren'...

17/11/12 dipersekitaran masjidil haram kerja2 pembersihan giat dilaksanakan, tika ini kerja2 pembersihan di masjidil haram  telah pun bermula, disana sini pekerja2 pembersih tekun melaksanakan tanggungjawab ini. Manakala kawasan persekitarannya dipenuhi dengan kren dan jentera2 berat....Makkah sedang dibangunkan dgn prasarana2 moden utk kesejahteraan umat seterusnya.... 


      ziarah mengikut langkah hingga ke Hajeej Hotel...belakang 'clock tower'.


disini juga telah mula sepi....lokasi yg sentiasa dipenuhi dengan jemaah....
banyak kelihatan hanya jemaah2 dari Monggolia, India, Pakistan & Turki.

Keadaan persekitaran masjidil haram agak lengang, kelihatan disana sini beg2 besar telah mula keluar dari tempat penginapan, laluan2 utama ke Masjidil Haram telah sunyi, di restoran2 juga sunyi.....para jemaah telah bergerak kembali kedestinasi masing2 berbekalkan iman dan taqwa....insyallah.

singgah di Felda D'Saji ...aras 2 Safwa Towers, Makkah
tiada lagi kesesakan ...

Restoran milik penuh Felda Bhd ini menyediakan makanan masakan Malaysia, ia juga merupakan antara restoran yang menjadi kegemaran dan amat terkenal bukan saja dikalangan  jemaah dari Malaysia, bahkan dari pelbagai negara2 lain. Walaupun harga makanannya agak tinggi, namun utk melepaskan rasa rindu terhadap masakan sendiri, pastinya ia menjadi tumpuan utama sepanjang musim haji....disini memang sentiasa penuh dengan jemaah haji dari Malaysia.



Keadaan tak dijangka berlaku sebelah tengahari selepas zohor 17/11/12 tika balik dari ziarah tok dad mengalami sakit perut....angin kot, mula muntah2 dan pening kepala dan ........terlantar dibilik menahan kesakitan, memandangkan keadaan dan waktu tika itu amat kritikal kerana lusanya kami perlu melaksanakan tawaf selamat tinggal dan seterusnya akan bertolak ke Madinah dengan bas yang mengambil masa perjalanan 8 jam.....pastinya dengan situasi ini akan menyulitkan keadaan. Bagaimana pun doktor telah datang kebilik jam 3pm utk rawatan dan diberi suntikan tahan muntah dan.... selepas maghrib keadaan mula pulih....muntah2 dan pening telah berkurangan. Lewat tengah malam mula rasa lega dan boleh tidor dengan nyaman....alhamdulillah, terima kasih Allah SWT kerana menyembuhkan kesakitan yang dialami.

18/11/12

Sepanjang berada di tanah suci ini solat jenazah yang merupakan fardhu kifayah jangan diabaikan, kerana ini adalah peluang kita utk mendapat pahala dari perlaksanaannya, boleh dikatakan setiap waktu akan ada sembahyang jenazah di masjidil haram, bilangannya pula bukan satu atau dua,bahkan kadang2 melebihi dari apa yang kita jangkakan..... kerana hari ini adalah hari terakhir berada di masjidil haram...tergerak untuk merakamkan jenazah seorang jemaah yang meninggal dunia dan disembahyangkan di Masjidil Haram, terus diusung untuk dikebumikan di tanah perkuburan Maala, Makkah. 
Pahala untuk solat jenazah dimasjidil haram adalah sebesar bukit Uhud. ....bila melihat jenazah pastinya meningkatkan rasa keinsafan dan rasa saat2 kematian yang semakin hampir...teringat segala dosa2 silam..."Ya Allah ampunkan lah segala dosa2ku, terimalah taubatku, hidupkan aku dalam islam dan matikan aku dalam islam...moga2 keimananku terus bersemarak.....sebagai insan kerdil yang mengabdikan diri terhadap kebesaranMu"...Amin.


tempat khas utk jenazah yang akan disembahyangkan...

Hari ini agak sibuk ...kerana para jemaah perlu mengemas dan menbungkus  barangan masing2 ke dalam beg kerana esok kami akan meninggalkan Makkah Al-Mukarramah untuk menuju ke Madinah. Setiap jemaah sibok menyiapkan barangan masing2 agar timbangan beg setiap seorang tidak melebihi 25kg.....alhamdulillah siap dan berehat.


seperti biasa selepas solat isyak, kami akan ke cafe utk makan malam, menu malam ini adalah nasi arab. Ini merupakan makanan malam terakhir kami dihotel ini.....jemaah yang tinggal hanyalah jemaah KT 106 sahaja, keadaan ruang makan juga telah lengang kerana ramai jemaah KT terdahulu telah kembali ke tanah air.

alhamdulillah.....
makan malam terakhir....nyum3 nasi arab (ayam/kambing)


19/11/12
Oleh kerana bas akan bertolak ke Madinah jam 4pm, maka selepas solat subuh dimasjidil haram kami terus melakukan tawaf selamat tinggal sebanyak 6 pusingan dan berbaki 1 pusingan yang akan dilengkapkan pada sebelah tengahari selepas solat zohor.(dengan nasihat dan bimbingan mutawif) dengan tujuan utk memudahkan pergerakan dan mengelakkan kami dari melakukan larangan2 selepas tawaf selamat tinggal. 

foto2 hari terakhir sebelum melengkapkan tawaf selamat tinggal....


deretan bas sedia utk membawa para jemaah ke destinasi masing2...
dihadapan hotel Royal Dar Al-Eiman, Makkah.


lokasi yang sentiasa dipenuhi jemaah sepanjang musim haji....
hari ini sunyi dan sepi....kerja2 pembersihan giat dilaksanakan.


di hadapan Baitullah juga agak lengang....tok mom hari2 terakhir.


didataran masjidil haram dan persekitarannya juga lenggang...tiada lagi jutaan jemaah. 


para pekerja pembersih Masjidil Haram ...
sibok melaksanakan kerja2 pembersihan didataran...


hari terakhir dihadapan Baitullah...191112.






Hari2 terakhir kami di masjidil haram amat sayu dan memilukan, keseluruhan persekitaran agak lengang.....ramai kelihatan para jemaah sedang kyusuk bertafakur, berdoa dan tak kurang yang bersolat samada secara sendirian ataupun berkumpulan.....dan yang pasti ramai diantaranya mengalirkan airmata membasahi pipi, sebak, sayu dan sedih utk meninggalkan tempat perhimpunan suci umat islam sedunia ini...entah bila akan dipanggil lagi menyahut seruan illahi di sini atau inikah langkah2 terakhir ditanah suci ini. Allah SWT jua yang menentukan........moga2 bertandang lagi....Amin.
2pm selepas solat zohor dan melengkapkan tawaf selamat tinggal, kami berkumpul dihadapan hotel penginapan, seterusnya bas bergerak menuju ke Madinah jam 4pm.....SELAMAT TINGGAL MAKKAH AL-MUKARRAMAH, INSYALLAH BERTEMU LAGI....










THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...