27/10/12-8.00am (11 zulhijjah) setiap seorang telah menyediakan 21 biji anak batu untuk lontaran pada hari ini.Selepas subuh dan bersarapan
kami (isteri,bapa dan ibu mertua) secara bersendirian meneruskan lontaran utk
ketiga2 Jamrah iaitu Jamrah SUGHRA, WUSTA dan AQABAH(kubra).…keadaan pada pagi ini juga agak tenang, tiada kesesakan yang berlaku...sepanjang jalan kelihatan jemaah berarak menuju ke Jamrah samada dalam kumpulan kecil atau pun kumpulan yang besar, Alhamdulillah kami selesai melontar ketiga2 jamrah pada jam 11am. Sepanjang perjalanan balik ke khemah keadaan kaki tok ayah
agak kurang sihat, kakinya telah mula terasa sakit2 mungkin kerana perjalanan
ulang alik dari tempat penginapan ke Jamrah....dan terpaksa berhenti sepanjang jalan menuju ke khemah penginapan.
tok ayah sedang melontar... alhamdulillah selesai. |
selesai dijamrah.... |
*Teruskan bersolat, berzikir dan bertakbir secara berjemaah.
*Kukuh semangat ukhwah
dan silaturrahim sesama jemaah haji.
*Wujudkan
suasana bertukar fikiran, pendapat dan ilmu pengetahuan.
*Selepas zohor berjemaah, para jemaah dikhemah kami meneruskan dengan bacaan Al Quran 30 juzuk secara agihan beramai2....alhamdulillah khatam al-quran diMina sebelum asar.
*Lontaran seterusnya bagi jemaah yang uzur boleh di wakilkan.
*Rujuk guru agama/mutawif bagi khidmat nasehat untuk tujuan
tersebut.
*Patuhi syariat dan syarat jika ingin melakukan nafar
awal.
Bumi Mina umpama ibu mengandung...dpt menampung lautan jemaah walaupun garis sempadannya terhad...
ReplyDeleteWalau cabarannya hebat...namun memori indah mengamit rasa keinsafan...TK Tok Dad ...tulis lah lagi...catatan ini lebih memanggil aku ke sana lagi
Mina....bumi kenangan 4 hari.sbb kita x kan jumpa dh melainkan izin Allah.Terowong Muaisim jd kenangan akibat kedegilan kami x dgr arahan.syukur diberi peluang
ReplyDelete