Pakaian ihram dan segala pantang larang masih dikekalkan bagi jemaah haji ifrad....ingat bila tidor menggunakan selimut agar tidak menutup kepala serta pantang2 yang lain.
-Boleh menukar kain ihram dgn kain pelikat yg tidak bercantum, lebih selesa.
-Terus beriktikaf, bersolat dan membaca Al-Quran dalam Masjidil Haram
-Kunjungi Multazam, Hajar Aswad, Hijir Ismail dan Makam Ibrahim.
-Hulurkan sedekah dan bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan.
-Amalkan sifat tolong menolong sesama jemaah yang tua, lemah dan uzur.
-22/10/12-9am kami menguruskan ibadah korban dikaunter petugas THTS, aras 3 hotel
penginapan kami dimana bayaran yang ditetapkan ialah RS450 seorang.
urusan ibadah korban dikaunter THTS |
10 am kenangan indah bersama kakak tok dad...hjh Maimunah dan suami(hj Ismail) yang kebetulan telah pun sampai lebih awal dari kami dengan penerbangan KT22. Pertemuan dibilik hotel kami amat menceriakan...maklumlah bertemu ditanah suci, sempat berbual2 keadaan semasa di Makkah. Malangnya tiada foto untuk diabadikan pertemuan di Makkah ini.
berihram & rutin harian ulang alik bilik penginapan ke masjidil haram
lepas zohor keadaan Dataran Masjidil Haram sebelum jemaah ke Arafah kelihatan Safwa Towers dibelakang sana. |
-Dapatkan segala maklumat tentang tatacara keberangkatan
ke Arafah.
-Ambil ingatan nombor khemah dan tempat tidur selama di Arafah &Mina.
-Jaga kesihatan dan jangan dedahkan diri kepada cuaca sejuk atau panas.
-Minum air banyak-banyak serta ambil pemakanan yang berzat dan bersih.
-Tangguhkan sementara tawaf sunat kerana keadaan di Masjidil Haram teramat sesak.
-Rujuk pengumuman hari wukuf yang dipaparkan di papan kenyataan hotel.
-Sediakan pakaian dan sedikit makanan untuk dibawa semasa perjalanan ke Arafah.

taklimat perjalanan ke Arafah/Muzdalifah/Mina oleh petugas THTS |
No comments:
Post a Comment