Sunday, 23 June 2013

4-TIBA HOTEL ROYAL DAR AL-EIMAN DI MAKKAH AL-MUKARRAMAH

21/10/12 Jam 9am-Kami sampai dibilik penginapan yang akan menempatkan kami sepanjang berada di Makkah. Bilik berempat terdiri dari tok dad, tok ayah, En Azmi Atan TV3 dan En Azmi dari UniKL. 2 kenalan baru yang amat peramah dan amat menyenangkan.
Atas nasihat petugas THTS, kami berehat mengumpul kudrat yang ada utk memulakan langkah2 seterusnya dalam melaksanakan ibadah serta kerja2 haji yang bakal kami lalui.
Memaklumkan kepada anak2 ketibaan kami di hotel penginapan Makkah.


komunikasi guna  'i talk and tango' Malaysia Arab Saudi 
teruja melihat masjidil haram dan kebesaran Ilahi

 cafe & lobby Royal Dar Al-Eiman Hotel.

Lobi utama

survey hotel dan  tempat makan
meninjau2 dataran persekitaran Masjidil Haram
Lokasi penginapan lebih kurang 80 meter dari Masjidil Haram, alhamdulillah amat memudahkan kami serta kedua mertuaku untuk berulang alik ke Masjidil Haram, kerana keduanya agak uzur dan sakit2 kaki maklumlah usia semakin lanjut. Tok dad dan tok ayah ditempatkan dibilik 537 manakala  tok mom dan tok mek di Bilik 539 bersebelahan. 
selepas zohor-dibelakang adalah hotel penginapan kami
Dibahagian bawah penginapan kami terdapat supermarket dan deretan kedai2 yg menjual pelbagai barangan terutamanya jubah dan sejadah. Bangunan ini juga dikenali sebagai Al-Safwa Towers.
zohor di Masjidil Haram hari pertama sampai


Selepas solat zohor kami meninjau2 kawasan persekitaran masjidil haram. Dengan perasaan amat teruja dan penuh kesyukuran kami menyusuri bangunan tempat penginapan kami, mencari2 lokasi penting yang perlu diketahui bagi memudahkan pergerakan2 sepanjang berada di Makkah nanti. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. 
Di bangunan Al-Safwa Towers ini juga ditempatkan kaunter Pos Laju, kaunter pengeluaran wang, pusat perubatan jemaah yang sakit, serta restoran Felda D'saji diaras 2 yang terkenal dikalangan para jemaah haji dari Malaysia...serta deretan rangkaian restoran2 yang memudahkan utk makan dan minum para jemaah.  Terus memohon kepada Allah SWT agar perjalanan haji kami dipermudahkan....amin.






Friday, 21 June 2013

3-PERGERAKAN KE MAKKAH AL-MUKARRAMAH DGN BAS


21/10/12-jam 2am kami beratur menaiki bas yang telah ditetapkan, perjalanan menuju ke Makkah mengambil masa 2 jam tanpa henti.Sepanjang perjalanan cuaca agak sejuk, kerana kepenatan menguruskan segala dokumen kami, tok dad tak sempat menguruskan diri sebelum menaiki bas.....terasa sgt3 utk buang air kecil...tak tertahannnnnnn.....apa kan daya -adalah dinasihatkan sebelum menaiki bas uruskan diri sendiri seadanya. Kami spi sekitar Makkah jam 4am, laluan ke Royal Dar Al-Eiman hotel tempat penginapan kami telah ditutup untuk memberi laluan kepada para jemaah menunaikan solat subuh, ini kerana lokasinya bersebelahan dengan dataran Masjidil Haram. Baca doa ketika memasuki kota suci Makkah.

solat subuh dan sarapan padi di restoran yg disediakan.
Dari dalam bas berbalam2 kelihatan 'clock tower' Makkah


Bas kami berhenti utk solat subuh di restoran khas yang disediakan.Istimewanya semua minuman dan makanan direstoran ini adalah percuma utk semua para jemaah yg berhenti dan bersolat disitu..........selepas solat subuh kami mengambil tempat direstoran berkenaan utk sarapan pagi.
Bas bergerak semula menuju hotel penginapan jam 7.30am dan spi di hotel jam 8.30am-alhamdulillah.

panorama dari hotel penginapan kami-kelihatan King Abdul Aziz gate.

Para jemaah haji pada tika kami sampai telah pun memenuhi masjidil haram dan kawasan sekitarnya, satu panorama yang amat menakjubkan, perhimpunan umat Islam sedunia atas satu tujuan dan tekad yang sama menyerahkan diri kepada yang maha berkuasa Allah SWT. 

2-KETIBAAN DI AIRPORT KING ABDUL AZIZ JEDDAH-HAJI IFRAD 2012

20/10/12-Kami sampai di airport King Abdul Aziz Jeddah jam 8pm waktu Arab Saudi, bermulalah penantian dan pergerakan yang akan dimaklumkan dari masa kesemasa oleh pihak THTS.
-Menjalani pemeriksaan dokumen  perjalanan oleh pihak Imigresen Arab Saudi
-Menjalani proses pemeriksaan Kastam dan Eksais Arab Saudi.
-Mengutip bagasi di kaunter pengutipan bagasi.
Tempoh menunggu agak lama kerana keadaan di Airport Jeddah terlalu sibuk dengan kebanjiran para jemaah dari seluruh pelusok dunia-memerlukan kesabaran, ketabahan serta ketaqwaan yang tinggi. Akhirnya kami bergerak keluar dan berkumpul di dataran terminal haji yg telah ditetapkan jam 1am-21/10/12 

                 Tiba di Airport Jeddah, menunggu dan berbaris utk sesi 'dokumentasi' haji.
ketibaan jemaah haji dari negara2 lain -terminal airport Jeddah.
keletihan selepas semua dokumentasi selesai....zzzzzz
Sepanjang perjalanan menuju ke lokasi jemaah Malaysia berkumpul, banyak kelihatan petugas2 TH yang menunjuk arah  bersedia untuk membantu serta berkibar megah bendera Malaysia. 
Sementara menunggu ketibaan bas para jemaah disediakan makanan serta buah2 utk mengalas perut dan tak kurang yang telah pun melabuhkan badan melayan keletihan dan kelesuan....maklumlah perjalanan yang panjang memang amat meletihkan.
*Jam 2am menaiki bas utk ke Makkah Al-Mukarramah mengikut no bas yg telah ditetapkan.


1-PRA KEBERANGKATAN-HAJI IFRAD 2012 (1433H)

CATATAN PERJALANAN HAJI IFRAD 2012 (1433H) BERSAMA ISTERI TERSAYANG SERTA KEDUA MERTUA TERCINTA YANG TURUT SERTA DALAM PERJALANAN HAJIKU.

PESAWAT MAS: MH8090 
PENERBANGAN AKHIR: KL-JEDDAH KT106
TARIKH : 19/10/2012-29/11/2012
PEMBIMBING : THTS


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan perkenanNya tok dad, tok mom serta kedua ibu bapa mertuaku telah pun menyempurnakan ibadah haji pada tahun 2012 yang lalu, diruang ini tok dad ingin mengabadikan kenangan indah yang tak mungkin di lupakan untuk tatapan anak cucu pada hari-hari mendatang.



PRA KEBERANGKATAN KE TANAH SUCI

Selepas mandi sunat ihram, tok dad mengenakan PAKAIAN IHRAM yang lengkap seterusnya menunaikan solat sunat ihram 2 rakaat. Bertolak ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya jam 7am 19/10/2012. Keadaan di kompleks haji agak tenang kerana kami antara yang awal sampai. Kami juga merupakan sebahagian daripada para jemaah yang akan berlepas dengan KT 106 iaitu penerbangan akhir jemaah haji Malaysia ke tanah suci.

                                tok ayah & tok mek sempat layan anak cucu cicit sebelum berangkat            

Pendaftaran masuk ke kompleks Tabung Haji bermula jam 11am, diikuti dengan penimbangan bagasi, pemeriksaan passport dan boarding pass.
-taklimat keberangkatan jam 12pm di komplek TH Kelana Jaya.
-bertolak dengan bas khas jam 1 pm
-menaiki pesawat MAS jam 4pm.
Penerbangan ke Jeddah mengambil masa antara 8-9jam.
BERNIAT HAJI (RUKUN) sebaik tiba di Qarnul Manazil (1 jam penerbangan ke Jeddah-pengumuman akan dibuat oleh anak kapal)
“Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana AllahTaala”
Seterusnya perlu menjaga 13 pantang larang yang mula berkuatkuasa-(WAJIB)
Bermula dari tika ini juga, tok dad adalah bertanggungjawab sepenuhnya keatas keluarga ini dan memastikan segala keperluan isteri dan kedua mertuaku dipenuhi sebaik dan seadanya....insyallah.



Thursday, 20 June 2013

CATATAN PERJALANAN HAJI IFRAD 2012 (1433H)

Indahnya Baitullah.....kenangan abadi yang meruntun jiwa dan sanubariku.
Sekadar catatan peribadi pengalaman HAJI IFRAD yang tak mungkin dilupakan sepanjang hayat.

JOURNEY OF LIFE....
LIHAT, RASAI DAN ALAMI...
ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH SWT.

RUJUKAN & PANDUAN
*PORTAL TABUNG HAJI
*22 PANDUAN KOMPREHENSIF PELAKSANAAN HAJI IFRAD
OLEH BAHRULMAZI TRAVEL & TOURS Sdn Bhd.
*NOTA TAKLIMAT IBADAH HAJI-THTS
*NOTA KURSUS ASAS HAJI 2012-TABUNG HAJI
*PENGALAMAN PENULIS
-TERIMA KASIH ALLAH SWT & TERIMA KASIH THTS-

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...