Sunday 23 June 2013

5-MENYEMPURNAKAN TAWAF QUDUM (Tawaf Selamat Datang)

Berwudhu' serta sediakan minda untuk menyempurnakan tawaf Qudum(sunat)
21/10/12 jam 8pm kami berkumpul dan menunggu dilobi hotel, mendengar taklimat tawaf oleh pembimbing haji THTS. 
*Kelengkapan yang perlu dibawa adalah kad pengenalan diri/buku panduan doa/kad nama hotel/semburan air botol/ beg kasut.
*Banyakkan talbiah dan zikir secara individu atau beramai2 serta sediakan minda utk memulakankan tawaf.
9.30pm selesai taklimat bergerak menuju Masjidil Haram secara berkumpulan bersama mutawif bertugas.
*Niat tawaf qudum 
“Ya Allah, aku hendak Tawaf Baitul-Haram, tujuh keliling tawaf qudum,  maka mudahkanlah kepadaku dan terimalah dariku kerana Allah Taala”
*Masuk ke dalam Masjidil Haram dengan hati serta semangat yang teruja.
*Lihat Baitullah dengan kekaguman, kerendahan hati dan kesenduan iktikad.
*Baca doa melihat Kaabah  dengan khusyu’ dan tawaddu’
*Bergerak menuju ke penjuru Hajar Aswad bagi memulakan tawaf (lihat lampu hijau sebagai panduan)
*Selesai tawaf qudum 7 pusingan dengan betul, tepat dan yakin;
*Panjatkan doa dengan khusyu’ di Multazam sebaik selesai tawaf 7 pusingan.
*Dirikan solat sunat tawaf dibelakang Makam Ibrahim.
***Selepas tawaf Qudum, kumpulan kami meneruskan untuk melaksanakan SAIE HAJI (RUKUN) dibawah pimpinan mutawif THTS.
22/10/12 jam 3am alhamdulillah selesai menyempurnakan saie haji.

                        taklimat tawaf ke zzzz..he he                   hmm air zamzam melepaskan dahaga
alhamdulillah...selesai saei antara Safa-Marwah 
                                         bersama mutawif  dan perjalanan balik ke bilik jam3am

No comments:

Post a Comment

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...