Sunday 23 June 2013

6-MENUNGGU HARI WUKUF

Pakaian ihram dan segala pantang larang masih dikekalkan bagi jemaah haji ifrad....ingat bila tidor menggunakan selimut agar tidak menutup kepala serta pantang2 yang lain.
-Boleh menukar kain ihram dgn kain pelikat yg tidak bercantum, lebih selesa.
-Terus beriktikaf, bersolat dan membaca Al-Quran dalam Masjidil Haram
-Kunjungi Multazam, Hajar Aswad, Hijir Ismail dan Makam Ibrahim.
-Hulurkan sedekah dan bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan.
-Amalkan sifat tolong menolong sesama jemaah yang tua, lemah dan uzur.
-22/10/12-9am kami menguruskan ibadah korban dikaunter petugas THTS, aras 3 hotel
 penginapan kami dimana bayaran yang ditetapkan ialah RS450 seorang.
urusan ibadah korban dikaunter THTS
10 am kenangan indah bersama kakak tok dad...hjh Maimunah dan suami(hj Ismail) yang kebetulan telah pun sampai lebih awal dari kami dengan penerbangan KT22. Pertemuan dibilik hotel kami amat menceriakan...maklumlah bertemu ditanah suci, sempat berbual2 keadaan semasa di Makkah. Malangnya tiada foto untuk diabadikan pertemuan di Makkah ini.


berihram & rutin harian ulang alik bilik penginapan ke masjidil haram

lepas zohor keadaan Dataran Masjidil Haram sebelum jemaah ke Arafah
kelihatan Safwa Towers dibelakang sana.
           
           23/10/12-9am taklimat pergerakan ke Arafah/Mudzalifah/Mina oleh petugas THTS.
            -Dapatkan segala maklumat tentang tatacara keberangkatan ke Arafah.
            -Ambil ingatan nombor khemah dan tempat tidur selama di Arafah &Mina.
            -Jaga kesihatan dan jangan dedahkan diri kepada cuaca sejuk atau panas.
            -Minum air banyak-banyak serta ambil pemakanan yang berzat dan bersih.
            -Tangguhkan sementara tawaf sunat kerana keadaan di Masjidil Haram teramat sesak.
            -Rujuk pengumuman hari wukuf yang dipaparkan di papan kenyataan hotel.
            -Sediakan pakaian dan sedikit makanan untuk dibawa semasa perjalanan ke Arafah.

taklimat perjalanan ke Arafah/Muzdalifah/Mina
 oleh petugas THTS

Jemaah haji mula meninggalkan Masjidil Haram berjalan kaki menuju Arafah
pandangan dari atas hotel penginapan.


24/10/12 (8 zulhijjah) jam 7am telah kelihatan para jemaah berarak beramai2 sambil berjalan kaki menuju ke Arafah dengan pakaian ihram serta putih, membuatkan perasaan tok dad rasa terharu dan amat teruja untuk memulakan kerja2 haji yang bakal kami laksanakan.Kami menunggu saat2 paling indah ini dengan penuh debaran dan taqwa...syukur kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberiNya kepada kami dalam menunaikan ibadah haji ini. 
Kami dijadualkan berkumpul dilobi hotel jam 8.30pm dan akan bertolak ke Arafah dengan bas yang disediakan oleh THTS jam 11pm....moga2 perjalanan kami direstui oleh Allah SWT...amin.


                                 



No comments:

Post a Comment

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...