Thursday 27 June 2013

8-PERGERAKAN KE MUZDALIFFAH 9 & 10 ZULHIJJAH


*Setiap jemaah naik kedalam bas yang telah ditetapkan dan patuhi segala arahan yg telah diberi oleh petugas THTS.
*Bersedia untuk turun bila bas berhenti di mana-mana kawasan di Muzdalifah.
*25/10/12 (9 zulhijjah) jam 11.45pm kami sampai di MUZDALIFAH.(WAJIB)
*Sesampai di Muzdalifah tok dad mengutip 7 butir anak batu setiap seorg untuk lontaran Jamratul Aqabah pada 10 zulhijjah. 
*Keadaan persekitaran di Muzdalifah  agak sesak dengan para jemaah yang  telah pun sampai lebih awal dari kumpulan kami. Lokasi kami agak tidak selesa berhadapan dengan tandas....redha.

jam 1am di Muzdalifah

Bumi Muzdalifah telah dipenuhi dengan jemaah yang sampai awal...
redha dengan ketentuan Ilahi...hmmmm

ruang2 yang tinggal...
          
26/10/12 jam 1.30am  kumpulan  kami berpindah ke lokasi yg lebih selesa kerana para jemaah yang sampai awal telah mula meninggalkan Muzdalifah menuju ke Mina. Alhamdulillah lokasi baru amat selesa dengan panorama yg menakjubkan......kedudukannya betul2 berada diatas bukit dengan pandangan yg menghala ke Makkah Al Mukarramah.
*Panjatkan doa khusus ketika berada di bumi Muzdalifah.
*Kami melaksanakan sembahyang suboh di Muzdalifah secara berjemaah.

tok ayah, tok mek & tok mom... damai selepas solat suboh..
Haji Mie & Hjh Mah...senyum selalu

Awal pagi ini, jeritan hj mie memecah keheningan subuh kerana diserang kekejangan otot....simpati, terkejut dan lucu ...diakhiri dengan senyum dan tawa. 
pasangan bahagia...Hj Azmi & Hjh Faizah di Muzdaliffah..
tandas dipersekitaran Muzdalifah...jemaah mula berkurangan

panorama yang mengasyik di Muzdaliffah...
nun jauh dibelakang Makkah Al Mukarramah
tok mom...pagi yang hening dan nyaman.
jemaah mula meninggalkan Mudzdaliffah utk ke Mina.

sayu meninggalkan bumi Muzdaliffah...

*Bas yg sepatutnya membawa  kami ke Mina jam  5am  tidak spi kerana terperangkap dlm kesesakan  jln yg amat  teruk disekitar Mudzaliffah.. Keadaan telah mula kelam kabut serta tidak teratur spt jadual keberangkatan yg sepatutnya. Kami terpaksa beratur panjang utk menaiki bas yg tidak kunjung tiba ditengah2 pancaran mentari diatas kepala...segalanya perlu ditempuhi dengan sabar dan tenang.
*Alhamdulillah, penantian berakhir  26/10/12(10 zulhijjah)-jam 12pm pihak petugas THTS terpaksa menggunakan bas lain utk membawa kami ke Mina.
*Selepas lebih 1 jam berbaris dlm keadaan cuaca panas kami diarah utk menaiki bas yg akan membawa kami ke Mina.
*Para jemaah dinasihatkan utk memastikan mahram serta ahli keluarga ada bersama dalam bas tersebut.
*Jemaah perlu bertenang dan bersabar kerana perjalanan menuju ke Mina amat sesak.
*Tika sampai dan turun dari bas, pastikan tiada barangan yg tertinggal serta bantu mahram dan ahli keluarga mencari khemah penempatan mereka.

1 comment:

  1. slm tok aji...kiranya dh siang hari masih lagi di Muzdalifah.kiranya satu kenangan betul di tempat ini walau seketika.biasa kita di rumah,pandangan pokok2 hijau,ini mmg betul terasing,rebut segala peluang ketika operasi masyair ini sbb ianya x kan jumpa lagi.

    ReplyDelete

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...