Wednesday 26 June 2013

7-KEBERANGKATAN KE PADANG ARAFAH 8 & 9 ZULHIJJAH

24/10/12 (8 Zulhijjah) 
8.30pm-Kami siap sedia dilobi hotel menunggu arahan lanjut petugas THTS dengan semangat yang teruja.
-bertalbiah, berzikir, bertahmid, beristighfar...dan sembang2 dengan rakan jemaah lain sambil menunggu ketibaan bas.
                                                siap sedia utk berangkat ke Arafah


11.30pm berangkat ke Arafah dengan bas yg disediakan. Mohon kepada Allah SWT agar segala urusan haji ini dipermudahkan serta dikurniakan kesihatan yang baik dan berkekalan.
Para jemaah perlu hadapi segala rintangan sepanjang perjalanan dengan tenang dan sabar.
25/10/12 (9 Zulhijjah)
2.30am sampai di Arafah dan terus masuk ke khemah mengikut susunan nombor yg telah ditetapkan.
Susun segala peralatan yang dibawa dengan kemas dan rapi.
Berkenalan dan wujudkan ukhwah dan persefahaman sesama para jemaah.
Bantu mahram serta ahli keluarga mencari khemah penempatan mereka.
Kenalpasti penempatan mereka untuk komunikasi serta kemudahan sepanjang berwukuf.
depan khemah di Arafah
bersama rakan jemaah-Hj Mie TV3
khemah di Arafah...menunggu  untuk ke Muzdaliffah
                                                           
Hj Azmi-rakan jemaah dari UniKL
                                                           

-Tunaikan setiap solat fardhu secara jama' sama ada secara individu atau berjemaah.
-Alhamdulillah, makan dan minum disediakan tanpa had, semua keperluan para jemaah   ditangani dengan baik oleh pihak THTS.
-Isi setiap detik dan saat menunggu waktu wukuf  itu dengan amal-amal soleh.
-Teruskan dengan talbiah, tasbih, tahmid dan takbir yang syahdu.
-Bertahlil dan berzikir munajat secara berjemaah atau secara individu.
-Perbanyakkan bacaan al-quran, tafsiran dan terjemahannya.
-Elakkan perbuatan lagha yang melalaikan drp mengingati Allah SWT.
-Dirikan solat sunat tahajjuj, tasbih, taubat, hajat dan witir
-Memohon keampunan atas segala dosa, noda, salah dan silap.
-Memohon segala hajat dan pengharapan agar diperkenankan oleh Allah SWT.
-Tunaikan solat sunat dan fardhu subuh bila tiba masanya.
-Hadiri kuliah subuh yg khusus membicarakan sejarah Arafah.
-Tazkirah subuh yg diadakan dimaktab kami mengimbau sejarah Adam & Hawa sehingga pertemuan semula di Jabbal Rahmah.
-Tunaikan solat sunat dhuha dan seterusnya hadiri kuliah dhuha.
-Minum pagi mengikut makluman serta persiapan yg telah diatur oleh maktab masing2.
-Tunggu kehadiran waktu wukuf dengan bertalbiah secara beramai-ramai.
            hmmmm....siaran langsung TV Al-Hijrah semasa khutbah di Arafah....,nampak ke tok dad!!!


 WAKTU WUKUF DI ARAFAH (RUKUN- SEBAIK TERGELINCIR MATAHARI 9 ZULHIJJAH-25/10/12 –khamis)
*Hayati azan zohor dan solat zohor menandakan bermulanya waktu wukuf yang dinanti itu.(waktu paling afdal berdoa diArafah antara Zohor ke Maghrib)
*Hayati khutbah wukuf yang disampaikan oleh guru agama masing-masing.
            -Khutbah Arafah dimaktab 100 bertajuk 'Sucikan Diri" disampaikan oleh Menteri diJPM 
             iaitu Dato Sri Jamil Khir.
*Selesai khutbah tunaikan solat sunat kabliah zohor seterusnya solat fardhu zohor secara berjemaah.
*Terus bertalbiah dan berwirid dengan penuh syahdu..
*Tunaikan solat sunat ba'diah zohor, bacaan yasin, bertahlil dan berdoa.
*Jam 3pm, kami memohon doa secara bersendirian/keluarga.Tok dad dan tok mom mencari ruang untuk muhasabah diri serta berdoa....oleh kerana kebanyakan ruang telah diisi kami teruskan untuk mendapatkan lokasi yang agak selesa untuk terus bertalbiah dan berdoa....sekadar ingatan kepada bakal-bakal jemaah agar tidak berada diluar sempadan Arafah....ini berdasarkan pengalaman kami dimaktab 100 yang  terletak bersebelahan dengan sempadan Arafah....tanpa disedari ada jemaah yang telah terkeluar dari sempadan berkenaan ketika berdoa secara bersendirian/berkeluarga.(perhatikan papan tanda besar menandakan sempadan di Arafah) 
*Sempurnakan waktu wukuf tersebut dengan rasa penuh kesyukuran, keinsafan dan muhasabah diri.
*Tunaikan solat sunat dan fardhu Asar apabila masuk waktunya.
*Teruskan talbiah, wirid dan zikir tanpa rasa jemu dan bosan.
*Sempurnakan minum petang masing-masing dengan tenang .
*Tunaikan solat sunat-sunat dan fardhu Maghrib bila tiba waktunya.
*Teruskan amalan bertalbiah, berzikir, berwirid atau membaca Al-Quran.
*Sempurnakan makan malam masing-masing dengan tenang dan tertib.
*Tunaikan solat sunat dan fardhu Isyak apabila tiba waktunya.
*Kemaskan segala barangan dan bersiap sedia utk berangkat ke Muzdalifah.
*8.30pm kami bersedia utk bertolak ke Muzdalifah.
*10.30pm kami menaiki bas dan bertolak ke Muzdalifah.
khutbah Arafah oleh Dato Sri Jamil Khir

tok ayah...moga doa dimakbulkan...


menunggu khutbah arafah....

ketibaab DSJK & jemaah Haji Maktab 100-2012(1433H) di Arafah

                                       
Keadaan di Arafah dipenuhi dengan jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji, dengan berpakaian ihram serba putih. Berada disini dalam keadaan hangat serta dipanah mentari memberi peringatan kepada semua umat islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar, dimana semua manusia tanpa mengira pangkat, darjat, bangsa dan keturunan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar yang mereka jalani tika didunia....syahdu dan menginsafkan.  

Selamat tinggal Arafah.



No comments:

Post a Comment

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...