Friday 28 June 2013

9-BERGERAK KE MINA 10 ZULHIJJAH.

  1. 26/10/12 (10 zulhijjah) jam 2.30pm kami mula memasuki Mina, tika ini keadaan persekitaran dipenuhi dengan pelbagai kenderaan yang membawa jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia. Bas yang membawa kami tidak dapat menghampiri khemah dimaktab kami, setelah menunggu hampir sejam kami terpaksa turun dan membawa beg masing2 menuju ke khemah di Mina....badan terlalu letih dan perut mula lapar, namun semangat dan perjuangan utk menunaikan tanggungjawab seorang Islam perlu di laksanakan. 
    *Masuk ke dalam khemah yang telah ditetapkan mengikut number yg diberi.
    *Buat penyesuaian diri dengan keadaan yang sempit dan bersesak-sesak..
    *Pastikan beg dan peralatan masing-masing disusun dan dikemas dgn rapi.
    *Wujudkan persefahaman sesama jemaah dengan semangat ukhwah erta persaudaraan sesama jemaah.
    khemah2 sedia menanti jemaah haji di Mina
    jemaah haji dari Cina

    rehatkan minda & badan utk ibadah seterusnya
    khemah di Mina...keletihannnn
    *Alhamdulillah di Mina, makanan disediakan tanpa had, epal, limau, roti serta air kotak pelbagai jenama sentiasa tersedia utk para jemaah....syukur tidak terhingga pada Allah SWT yg memberi rezeki serta terima kasih kpd petugas2 THTS yg sentiasa prihatin kepada keperluan jemaah.
    *Kami dijadualkan bergerak ke JAMRAH AL-KUBRA(AQABAH-WAJIB) untuk melaksanakan lontaran pertama pada 10 zulhijjah jam 8.30pm secara berkumpulan bersama mutawif THTS.
    *Doa semasa melontar
    *melontar 7 biji anak batu dengan yakin.


    rehatkan kaki utk perjalanan balik ke khemah...
    laluan jamrah ke khemah penginapan
    panorama lautan manusia....dari atas laluan kami
    dimana2 sentiasa dipenuhi jemaah haji
    *Alhamdulillah, kami dapat melaksanakan lontaran dalam keadaan yang tenang dan tidak sesak, 10pm lontaran di Jamratul Kubra (Aqabah) telah pun selesai dilaksanakan, riak-riak senyuman terpancar diwajah2 kami terutama tokmek dan tok ayah yang turut serta dalam  lontaran ini. 
    *Doa semasa tahallul.
    *Tok Dad dan tok ayah BERTAHALUL AWAL(RUKUN) setelah sempurna lontaran Jamrah Kubra(Aqabah).(Gunting beberapa helai rambut sebagai syarat sah tahallul awal)
    *Dengan tenang kami menyusuri laluan pulang ke khemah.
    *Jangan gelabah sekiranya tersesat atau terpisah daripada kumpulan.
    *Selesai melontar Jamrah Aqabah dan bertahalul awal.
    *Kami boleh menukar ihram kepada pakaian biasa yang berjahit....legaaaaa selepas 8 hari berihram....alhamdulillah segalanya dipermudahkan.
    *Terus pelihara 3 lagi pantang larang berihram yang masih berkuat kuasa.

No comments:

Post a Comment

THAILAND-KTM KL- HATYAI-SONGKLA

PENGALAMAN BERKERETAPI DARI KL-PADANG BESAR-HATYAI JOURNEY OF LIFE.... LIHAT, RASAI DAN ALAMI... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ...